Aneka Pilihan Resepi Menarik Di Sini

Sabtu, 9 September 2017

Resepi Kuih Ketayap Yang Ringkas Dan Sedap


Resepi Kuih Ketayap Yang Ringkas Dan Sedap. Bila sebut kuih ketayap ini, ia menjadi kegemaran saya dan keluarga terutama Ma dan Abah. Bagi saya, kuih ini memang sedap. Anda pastinya bersetuju juga dengan apa yang saya katakan. Betul tak ! Jadi, mari kita sama-sama memperlajari resepi kuih ketayap ini. Lagi ramai pandai membuatnya, lagi awesome..huhu..

Resepi Kuih Ketayap Yang Ringkas Dan Sedap

Resepi Kuih Ketayap Yang Ringkas Dan Sedap


Penyediaan bahan untuk memasak resepi ini memang ringkas dan gerenti sedap..huhu. Itu pun kalau anda ikut resepi dengan betul. Jadi, antara bahannya adalah..

Bahan Untuk Kulit
  • 1 cawan tepung gandum
  • 2 biji telur
  • 3 helai daun pandan
  • 1 1/2 cawan santan 
  • 1 1/2 sudu teh garam
  • 2 sudu makan minyak masak
  • Beberapa titis pewarna hijau

Bahan Untuk Inti

  • 1/2 biji kelapa parut | ambil putih sahaja
  • 3/4 cawan gula merah
  • 1/2 sudu teh garam
  • 2 helai daun pandan | disimpulkan
  • 1/2 cawan air
  • 2 sudu makan tepung gandum



Cara menyediakan Kuih Ketayap


Langkah 1

Untuk menyediakan inti, didihkan air dalam kuali. Masukkan gula merah, garam dan daun pandan. Masak hingga gula larut.
 

Langkah 2
Kemudian masukkan kelapa parut. Kacau sekali-sekala hingga airnya kering.
 

Langkah 3
Taburkan tepung gandum. Kacau rata. Sejukkan inti.
 

Langkah 4
Untuk sediakan kulit: Kisar daun pandan yang telah dipotong pendek-pendek dengan santan. Tapis dan perah.
 

Langkah 5
Seterusnya, campurkan semua bahan kulit, gaul rata.
 

Langkah 6
Masukkan adunan ke dalam pengisar dan kisar hingga adunan sebati.
 

Langkah 7
Panaskan kuali. Guna api yang perlahan.
 

Langkah 8
Sapukan kuali dengan sedikit minyak.
 

Langkah 9
Masukkan satu senduk adunan ke dalam kuali dan dadarkan adunan dengan melayang-layangkan kuali. Biarkan kuih masak.
 

Langkah 10
Angkat. Ketepikan. Lakukan cara yang sama hingga habis adunan.
 

Langkah 11
Sementara menanti kuih di dalam kuali masak, bolehlah dibubuh inti pada kuih dadar yang dah siap tadi.
 

Langkah 12
Ambil sesudu penuh inti, letak di atas permukaan atas kuih. Ratakan. Lipat kiri dan kanan kuih. Gulung dengan kemas. Ke tepikan. Sedia dihidangkan


Selesai..

Sumber > klik sini

Baca Resepi Lain :

Video Masak Resepi Kuih Ketayap 

 

Semoga anda terhibur dan dapat belajari Resepi Kuih Ketayap dengan awesome sekali.. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan