Aneka Pilihan Resepi Menarik Di Sini

Selasa, 29 Ogos 2017

Resepi Kuih Lapis Lembut Sukatan Cawan

Resepi Kuih Lapis Lembut Sukatan Cawan. Kuih lapis memang digemari oleh setiap lapisan masyarakat kerananya rasanya yang berlemak, lembut dan sedap. Tapi jarang jumpa mereka yang betul-betul pandai menyediakan resepi kek lapis ini. Teringin, kah untuk anda membuatnya sendiri, menyediakan sendiri lebih puashati, kan. Jadi , boleh ikut resepi yang saya kongsikan..

Resepi Kuih Lapis Lembut Sukatan Cawan

Resepi Kuih Lapis Lembut Sukatan Cawan


Penyediaan bahan untuk memasak resepi ini memang ringkas dan gerenti sedap..huhu. Itu pun kalau anda ikut resepi dengan betul. Jadi, antara bahannya adalah..

Bahan-bahan
  • 2 cawan tepung beras
  • 1/2 cawan tepung gandum
  • 1/2 cawan tepung jagung
  • 1 cawan gula pasir
  • 4 cawan santan (1 cawan santan pekat campurkan bersama 3 cawan air)
  • 1/4 sudu teh garam
  • Sedikit pewarna merah dan perisa ros

Belajar Resepi Lain :

Cara Menyediakan Kuih Lapis Sukatan Cawan


Langkah 1

Panaskan pengukus dan sediakan loyang berukuran 8 inci. Masukkan santan ke dalam periuk. Panaskan sebentar biar jadi suam-suam kuku. Tutup api.
 

Langkah 2
Masukkan tepung beras, tepung gandum, tepung jagung, gula dan garam ke dalam mangkuk. Masukkan santan. Gaul rata hingga tidak berbintil.
 

Langkah 3
Bahagikan adunan kepada 2 bahagian. (adunan ini menghasilkan lebih kurang 1200ml bater) bahagi kepada 600 ml +/- setiap satu. Warnakan satu bahagian dengan warna merah dan letakkan perisa ros.
 

Langkah 4
Masukkan loyang yang telah di sapu sedikit minyak ke dalam kukusan. Tuang 200 ml adunan tanpa warna ke dalam loyang. Kukus selama 5 minit dengan api kuat. setelah lapisan pertama masak, tuang 200ml adunan merah. Kukus lagi.
 

Langkah 5
Ulang proses hingga habis 6 lapisan dengan diakhiri dengan lapisan merah. Boleh tambah sedikit lagi pewarna merah untuk lapisan akhir agar warnanya lebih menyerlah.
 

Langkah 6
Setelah siap, sejukkan kuih lapis sebelum dipotong. Boleh dihidangkan..



Selesai..


Sumber > klik sini

Video Menyediakan Resepi Kuih Lapis 

 

Semoga anda terhibur dan dapat belajari Resepi Kuih Lapis dengan awesome sekali.. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan