Aneka Pilihan Resepi Menarik Di Sini

Ahad, 6 Ogos 2017

Resepi Ikan Patin Masak Tempoyak Asli Yang Sedap


Resepi Ikan Patin Masak Tempoyak Asli Yang Sedap. Dulu, saya minat pun makan masakan ikan patin tempoyak ini tapi selepas mencubanya kali pertama. Terus jatuh cinta..huhu. Memang sedap dan pedas resepi ikan patin tempoyak ? Jadi, bila dapat singgah di Temerloh Pahang. Memang tak lepaskan peluang merasainya. Buat anda yang mencari resepi seperti saya, saya kongsikan panduan dan cara memasaknya..

Resepi Ikan Patin Masak Tempoyak Asli Yang Sedap

Resepi Ikan Patin Masak Tempoyak Asli Yang Sedap


Penyediaan bahan untuk memasak resepi ini memang ringkas dan gerenti sedap..huhu. Itu pun kalau anda ikut resepi dengan betul. Jadi, antara bahannya adalah..

Bahan-bahan
  • 1 ekor patin saiz sederhana
  • 2 senduk tempoyak
  • 4 cawan air - agak agak pekat kuah disukai
  • 1 biji cili merah - opsyenal untuk bagi kuah merah jer
  • Segenggam cili padi merah - ikut pedas disukai
  • 1 inci kunyit hidup
  • Secekak daun kesum
  • Sedikit garam



Cara Masak Resepi Ikan Patin Masak Tempoyak


Langkah 1
Tumbuk cili merah, cili padi dan kunyit hidup. Jangan sampai terlalu hancur pula. Kemudian masukkan tempoyak dan ditumbuk supaya bergaul rata.

Langkah 2
Masukkan ikan dan kesemua bahan ke dalam periuk. Masaklah dengan api perlahan sehingga ianya merenih dan menggelegak.

Langkah 3

Setelah menggelegak, masukkan daun kesum. Masak dalam 2-3 minit sahaja dan boleh tutup api. 

Selesai..



Sumber > klik sini


Tips

  • Kalau tempoyak kurang masam, bolehlah tambah sedikit asam keping. 
  • Basuh ikan dengan tepung gandum untuk menghilangkan bau hanyir ikan sungai. 
  • Kalau mahukan kuah yang pekat, boleh dimasakkan kuah sehingga masak dan pekat, baru dimasukkan ikan..

Video Masak Resepi Ikan Patin Masak Tempoyak

 

Semoga anda terhibur dan dapat belajari Resepi Ikan Patin Masak Tempoyak dengan awesome sekali.. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan