Aneka Pilihan Resepi Menarik Di Sini

Jumaat, 16 Mac 2018

Resepi Kuey Teow Ladna Yang Mudah Dan Sedap


Resepi Kuey Teow Ladna Yang Mudah Dan Sedap. Kuey Teow boleh dimasak dengan pelbagai cara dan resepi. Dari rebus, goreng, bakar dan sebagainya boleh dibuat oleh orang ramai. Salah satu resepi kegemaran orang ramai ialah kuey teow ladna yang sedap dan awesome. Bagi mereka yang pertama kali memakannya pasti akan teringin lagi untuk merasainya. Ada yang teringin memakannya tapi ada satu masalah iaitu tak pandai memasak resepi tersebut..

Penyelesaiannya, untuk anda yang ingin mengikuti langkah-langkah memasak resepi kuey teow ladna. Saya kongsikan resepi tersebut dilaman ini. Kalau bahan-bahan sudah anda, boleh mulakan mencuba resepi ini mengikut selera anda. Buat sendir lebih puashati, nak makan seberapa banyakpun takde orang halang..

Resepi Kuey Teow Ladna Yang Mudah Dan Sedap
Resepi Kuey Teow Ladna Yang Mudah Dan Sedap (Gambar Hiasan)

Resepi Kuey Teow Ladna Yang Mudah Dan Sedap


Penyediaan bahan untuk memasak resepi ini memang ringkas dan gerenti sedap..huhu. Itu pun kalau anda ikut resepi dengan betul. Jadi, antara bahannya adalah..

Bahan-bahan
  • 500g kuey teow
  • Kicap manis secukupnya
  • 1 mangkuk udang
  • 2 ekor sotong
  • 1 ketul ayam bahagian dada
  • 4 ulas bawang putih, diketuk
  • 5 bili cili padi, diketuk
  • 1/2 batang karot
  • Segenggam sayur sawi
  • Bunga kobis
  • 1 biji tomato, potong 6
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 1 ketul kiub ayam
  • 2 sudu besar tepung jagung
  • Minyak untuk menumis
  • Air secukupnya
  • Limau kasturi (hiasan)
  • Bawang goreng (hiasan)


Resepi Kuey Teow Ladna Yang Mudah Dan Sedap
Resepi Kuey Teow Ladna Yang Mudah Dan Sedap (Gambar Hiasan)


Cara Membuat Resepi Kuey Teow Ladna Yang Mudah Dan Sedap


Langkah 1
Rebus ayam dan hiris nipis.

Langkah 2
Bersihkan udang dan sotong. Buang kulit udang dan sotong potong membulat.

Langkah 3
Panaskan sedikit minyak. Gaul rata kuey teow bersama kicap dan masukkan ke dalam kuali. Kacau seketika, angkat dan ketepikan.

Langkah 4
Dalam kuali yang sama, panaskan lagi sekali minyak dan masukkan bawang putih bersama cili padi. Goreng sehingga naik bau.

Langkah 5
Masukkan sotong, udang dan isi ayam. Kacau sehingga sotong dan udang hampir masak. Masukkan karot dan batang sawi, kemudian diikuti daun sawi, bunga kobis dan tomato.

Langkah 6
Tuang air secukupnya dan masak sehingga mendidih. Masukkan kiub ayam, sos tiram dan bancuhan tepung jagung.

Langkah 7
Kacau sehingga kuah menjadi pekat. Tuang kuah ke atas kuey teow tadi dan hias dengan limau kasturi dan taburan bawang goreng.


Langkah 8
Resepi kuey teow ladna siap untuk dihidangkan.
 

Sumber > klik sini

Lagi Resepi Menarik:


Video Resepi Kuey Teow Ladna Yang Mudah Dan Sedap

 

Semoga anda terhibur dan dapat belajari Resepi Kuey Teow Ladna dengan awesome sekali..

2 ulasan:

  1. Salam,Tq for sharing delicious recipe. Awesome taste!
    I nak share Resepi Seri Muka Gula Merah.
    Boleh try ni....Sedap gila!!!
    Source and citation:http://resepiserimukagulamerah.blogspot.com/

    BalasPadam
  2. Salam, Tq for sharing delicious recipes. Really awesome taste!!!
    I wanted to share my personal recipe :Ayam Percik Kelantan Original.
    Can try this.....Yummy yummy until lick ur fingers.
    Source and citation: http://resepiayampercikkelantanoriginal.blogspot.com/

    BalasPadam