Aneka Pilihan Resepi Menarik Di Sini

Ahad, 6 Ogos 2017

Resepi Kuih Koci Tahan Lama Dan Ringkas


Resepi Kuih Koci Tahan Lama Dan Ringkas. Pada bulan Ramadan lalu, semasa berbuka bersama sahabat di pejabat. Ada seorang sahabat telah order Kuih Koci ini, rasanya sangat sedap dan lembut. Tertanya-tanya, siapakah yang telah membuat resepi kuih koci tersebut ? Teringin membuatnya. Jadi, saya telah godek-godek mencari resepinya. Saya juga kongsikan panduan tersebut untuk anda..

Resepi Kuih Koci Tahan Lama Dan Ringkas

Resepi Kuih Koci Tahan Lama Dan Ringkas


Penyediaan bahan untuk memasak resepi ini memang ringkas dan gerenti sedap..huhu. Itu pun kalau anda ikut resepi dengan betul. Jadi, antara bahannya adalah..

Bahan-bahan
  • 500gm tepung pulut
  • 125ml santan pekat
  • Sedikit air
  • Secubit garam
  • Beberapa helai daun pisang

Bahan inti

  • 1 biji kelapa parut
  • 100gm gula melaka
  • Sedikit air
  • Daun pandan


Cara Masak Resepi Kuih Koci


Langkah 1

Campurkan tepung pulut bersama santan dan sedikit air.
 

Langkah 2
Uli hingga menjadi adunan dan tidak melekat pada jari.
 

Langkah 3
Untuk intinya, cairkan gula melaka terlebih dahulu dan masukkan kelapa parut. Gaul rata.
 

Langkah 4
Ambil daun pisang, masukkan adunan sebesar bola pingpong dan letakkan satu sudu inti di dalamnya.
 

Langkah 5
Lipatkan daun pisang kemas.
 

Langkah 6
Kukus hingga masak.
 

Sumber > klik sini

Video Masak Resepi Kuih Koci 

 

Semoga anda terhibur dan dapat belajari Resepi Kuih Koci Tahan Lama dengan awesome sekali.. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan