Aneka Pilihan Resepi Menarik Di Sini

Selasa, 25 Julai 2017

Resepi Sotong Masak Kicap Ringkas Tapi Pedas


Resepi Sotong Masak Kicap Ringkas Tapi Pedas. Sotong antara makanan kegemaran saya. Dengan sotong, apa-apa resepi pun boleh dimasak dan ianya sungguh sedap. Lagi sedap bila dimasak seperti Resepi Sotong Masak Kicap. Jadi, dihalaman ini, anda yang mengemari sotong, boleh cuba masak dengan menggunakan resepi tersebut..

Resepi Sotong Masak Kicap Ringkas Tapi Pedas

Resepi Sotong Masak Kicap Ringkas Tapi Pedas


Penyediaan bahan untuk memasak resepi ini memang ringkas dan gerenti sedap..huhu. Itu pun kalau anda ikut resepi dengan betul. Jadi, antara bahannya adalah.. 

Bahan-bahan
  • 1/2 kg – sotong putih ( bersihkan dan potong ikut citarasa anda )
  • 2 biji – bawang besar –> kisar
  • 5 ulas – bawang putih –> kisar
  • 10 batang – cili padi –> kisar
  • 2 batang – cili merah –> kisar
  • 2 batang serai – diketuk
  • 2 keping – asam keping
  • Kicap Jalen Lemak Manis – secukupnya
  • Garam dan gula – secukupnya
 

Cara Masak Resepi Sotong Masak Kicap


Langkah 1
Panaskan minyak dan tumis semua bahan kisar termasuk serai..


Langkah 2

2. Biarkan naik bau dan pecah minyak
 

Langkah 3
Masukkan asam keping dan kicap

Langkah 4
Masukkan sotong dan biarkan mendidih dalam 5 minit

Langkah 5
Perasakan dengan garam dan gula secukupnya
 

Langkah 6
Tutup api dan boleh dihidangkan..

Selesai..

Video Resepi Sotong Masak Kicap  

 

Semoga anda terhibur dan dapat belajari Resepi Sotong Masak Kicap dengan awesome sekali..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan