Aneka Pilihan Resepi Menarik Di Sini

Ahad, 10 September 2017

Resepi Pau Yang Lembut, Menarik Dan Sedap


Resepi Pau Yang Lembut, Menarik Dan Sedap. Pau menjadi pilihan saya jika dalam pemanduan yang jauh. Ia bukan saja mudah didapati dan bila makannya terasa cepat kenyang. Bila memandu tiada terasa nak berhenti banyak kali..huhu. Saya nak tanya, Ramai ke yang pandai dalam resepi Pau ini. Jika belum mahir, mari sama-sama belajari resepinya..

Resepi Pau Yang Lembut, Menarik Dan Sedap

Resepi Pau Yang Lembut, Menarik Dan Sedap


Penyediaan bahan untuk memasak resepi ini memang ringkas dan gerenti sedap..huhu. Itu pun kalau anda ikut resepi dengan betul. Jadi, antara bahannya adalah..

Bahan-bahan
  • 250 gram tepung pau atau tepung Hong Kong
  • 3/4 sudu teh yis kering
  • 1/2 sudu teh baking powder
  • 4 sudu besar gula kastor
  • 1 sudu besar lemak sayuran atau shortening
  • 1 sudu teh bread softner
  • 1/2 cawan air suam



Cara Menyediaan Resepi Pau


Langkah 1

Ayak tepung di dalam mangkuk kemudian tambah yis, baking powder dan bread softner. Kacau adunan sehingga bergaul sebati.
 

Langkah 2
Tuang air suam sedikit demi sedikit dan uli sehingga menjadi doh, tambahkan pula lemak sayuran dan uli doh selama lebih kurang 10 minit atau sehingga licin dan tidak melekat. Rehatkan doh selama 10 minit.
 

Langkah 3
Jika menggunakan breadmaker, sila ikut arahan mengikut bradmaker anda dan biarkan selama 10 minit sahaja kemudian angkat keluar doh.
 

Langkah 4
Bahagikan doh kepada 10 bahagian (saya bahagikan doh kepada 8 sahaja).
 

Langkah 5
Masukkan inti kesukaan anda dan tutup/pintal kemas di bahagian bawah.
 

Langkah 6
Letakkan bahagian yang dipintal dia atas permukaan kertas bersih bersaiz 2x2 inci.


Selesai..

Sumber > klik sini

Video Menyediakan Resepi Pau

 

Semoga anda terhibur dan dapat belajari Resepi Pau Yang Lembut dengan awesome sekali.. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan