Aneka Pilihan Resepi Menarik Di Sini

Sabtu, 5 Ogos 2017

Resepi Sayur Kailan Ikan Masin Sedap Dan Menyelerakan


Resepi Sayur Kailan Ikan Masin Sedap Dan Menyelerakan. Ada siakap tiga rasa, telur dadar, sup tulang dan sayur kailan ikan masin dari ikan tenggiri memang sangat menyelerakan. Terutama Resepi Sayur Kailan Ikan Masin. Biasanya begini kami makan sekeluarga bila ada rezeki lebih. Jadi, kalau anda hendak belajar masak sayur kailan, saya kongsikan panduan tersebut..

Resepi Sayur Kailan Ikan Masin Sedap Dan Menyelerakan

Resepi Sayur Kailan Ikan Masin Sedap Dan Menyelerakan


Penyediaan bahan untuk memasak resepi ini memang ringkas dan gerenti sedap..huhu. Itu pun kalau anda ikut resepi dengan betul. Jadi, antara bahannya adalah..

Bahan-bahan
  • 1 genggam sayur kailan
  • 1 sudu besar ikan tenggiri masin dipotong kecil
  • 1 biji bawang besar, hiris
  • 2 ulas bawang putih, hiris
  • 1 biji cili merah, hiris
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 1/2 cawan air
  • Sos ikan secukup rasa



Cara Masak Resepi Sayur Kailan Ikan Masin


Langkah 1

Sayur kailan dipotong, dibersihkan dan kemudian direndam ke dalam air bercampur sedikit garam selama beberapa minit.
 

Langkah 2
Panaskan 2 sudu besar minyak masak. Goreng ikan masin hingga agak masak dengan guna api kecil. Kemudian masukkan hirisan bawang besar, bawang putih dan cili merah.
 

Langkah 3
Tambahkan sos tiram, kacau dan masukkan sedikit air. Kemudian masukkan batang kailan terlebih dahulu supaya cepat empuk dan kemudian baru daunnya.
 

Langkah 4
Kacau serta masukkan sedikit sos ikan jika perlu atau secukup rasa.
 

Selesai..

Sumber > klik sini

Vedio Masak Resepi Sayur Kailan Ikan Masin 

 

Semoga anda terhibur dan dapat belajari Resepi Sayur Kailan Ikan Masin dengan awesome sekali.. 


Tiada ulasan:

Catat Ulasan