Aneka Pilihan Resepi Menarik Di Sini

Rabu, 26 Julai 2017

Resepi Kuih Lapis Ringkas


Resepi Kuih Lapis Ringkas. Bila teringin nak makan kuih pagi-pagi, kuih lapis pasti menjadi pilihan bila membeli di gerai kuih muih kawasan kediaman ini. Maklum lah, antara kuih kegemaran saya. Satu hari, terjumpa Resepi Kuih Lapis di blog blogger yang awesome. Sebelum ini tak terfikir pun nak membuat sendiri  kuih tersebut untuk dimakan sendiri atau diberi pada keluarga. Jadi, belajar sendiri buah kuih tersebut..

Resepi Kuih Lapis Ringkas

Resepi Kuih Lapis Ringkas


Penyediaan bahan untuk memasak resepi ini memang ringkas dan gerenti sedap..huhu. Itu pun kalau anda ikut resepi dengan betul. Jadi, antara bahannya adalah..

Bahan-bahan
  • 3 1/2 cawan tepung beras (cap teratai)
  • 2 helai daun pandan
  • 1 cawan tepung ubi
  • 2 sudu tepung gandum
  • 2 cawan gula
  • Pewarna (merah)
  • 1 1/2 biji kelapa untuk: 
  1. (a) 5 cawan santan pekat (santan pekat diambil dari perahan yang awal-awal/mula-mula)
  2. (b) 3 cawan santan cair (santan cair diambil dari perahan selepas (a))


Cara Masak Resepi Kuih Lapis


Langkah 1
Bancuh semua tepung dengan 3 cawan santan cair. (ketepikan dulu)

Langkah 2
Kemudian, didihkan santan pekat bersama gula dan 2 helai daun pandan.

Langkah 3
Curahkan santan yang dididih ke dalam bancuhan tepung tadi. (jangan tunggu sejuk)

Langkah 4
Kacau sebati dan bahagikan kepada 2 warna - merah (masukkan pewarna merah) dan putih.

Langkah 5
Kukus berselang seli. 4 minit setiap lapis..

Selesai..

Video Resepi Kuih Lapis 

 

Semoga anda terhibur dan dapat belajari Resepi Kuih Lapis Ringkas dengan awesome sekali..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan