Resepi Ketam Masak Lemak Cili Api. Bila ke pasar dan tengok ketam, lebih-lebih lagi ketam nipah. Fuh, bestnya dimasak dengan apa-apa jenis resepi, pastinya bila dimakan meletup dalam mulut dengan awesome..huhu. Jadi, dalam artikel kali ini, saya nak share satu resepi dalam berpuluh-puluh resepi ketam iaitu Resepi Ketam Masak Lemak Cili Api..
Resepi Ketam Masak Lemak Cili Api
Penyediaan bahan untuk memasak resepi ini memang ringkas dan gerenti sedap..huhu. Itu pun kalau anda ikut resepi dengan betul. Jadi, antara bahannya adalah..
Bahan-bahan
- Beberapa ekor ketam segar
- 1 batang serai, dititik
- 1 helai daun kunyit, carikkan
- 2 cawan santan pekat
- 1 keping asam gelugor
- 5 biji cili api
- 2 biji cili merah
- 1/2 biji bawang besar
- 1 inci kunyit hidup
- 3 biji bawang merah
- 3 ulas bawang putih
- Secubit belacan
Cara Masak Resepi Ketam Masak Lemak Cili Api
Langkah 1
Bersihkan ketam, dan leraikan bahagian kaki yang bersepit. Ketuk kulit ketam dengan lesung batu sehingga kulit sedikit pecah..
Langkah 2
Gaulkan ketam dengan bahan kisar halus dan masak seketika selama lebih kurang 5 minit. Kemudian masukkan pati santan. Boleh juga dicairkan kuah dengan sedikit air jika terlalu pekat.
Langkah 3
Perlahankan api dan kacau supaya santan tidak berketul. Masukkan asam keping, serai dan daun kunyit..
Langkah 4
Masukkan garam dan gula secukup rasa dan masak sehingga mendidih.
Selesai..
Video Resepi Ketam Masak Lemak Cili Api
Masakan Melayu turun menurun dari generasi ke generasi seharusnya kita semua pelajari. Jadi, mari mencuba Resepi Ketam Masak Lemak Cili Api ini..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan