Aneka Pilihan Resepi Menarik Di Sini

Ahad, 8 April 2018

Resepi Char Kuey Teow Ringkas Dan Panas


Resepi Char Kuey Teow Ringkas Dan Panas.Hari ini beruntung dan ditambahkan rezeki kerana dapat makan char kuey teow tapi rasanya biasa-biasa saja. Tak leh lawan tempat di bangi masa pergi kursus dahulu.. huhu. Bahan asas resepi ini ada kuey teow, udang, kerang dan campuran bahan-bahan istimewa dari tukang masak yang berlainan..

Boleh katakan tidak rugi merasainya dan harganya pun berpatutan. Untuk lebih jimat, pergi sendir bahan-bahan tersebut dan belajar buat sendiri. In Sha Allah hasil tangan sendiri lebih sedap rasanya..hehe. Jika tidak tahu cara nak membuat resepi char kuey teow, dilaman ini saya akan kongsikan panduan tersebut langkah demi langkah..

Resepi Char Kuey Teow Ringkas Dan Panas
Resepi Char Kuey Teow Ringkas Dan Panas

Resepi Char Kuey Teow Ringkas Dan Panas

Penyediaan bahan untuk memasak resepi ini memang ringkas dan gerenti sedap..huhu. Itu pun kalau anda ikut resepi dengan betul. Jadi, antara bahannya adalah..

Bahan-bahan untuk paste
  • 200 gm udang
  • 250 ml air
  • 4 ulas bawang putih di ketuk
  • 6 sudu besar sos tiram
  • 3 sudu kecil kicap pekat
  • 3 sudu besar kicap manis
  • 1 kiub pati ikan bilis /2 sudu besar petis
  • 2 sudu kecil garam
  • 1 sudu gula

Cara Membuat Paste

Langkah 1
Rebus udang separuh masak. Kemudian asingkan kulit dan kepala udang tadi. Isi udang diketepikan dulu.

langkah 2
Kisar kulit dan kepala udang tadi, bersama air rebusan tadi, tapis dan ambil stoknya.

Langkah 3
Campurkan stok udang dengan sos tiram, kicap manis, kicap pekat, bawang putih, garam gula dan kiub ikan bilis.

Langkah 4
Reneh bahan paste tadi hingga agak pekat. Sejukkan seketika. Boleh simpan dalam peti sejuk supaya tahan lama.


Langkah 5
Paste siap dan boleh mulakan membuat char kuey teow.

Bahan-bahan untuk char kuey teow
  • 200 g kuey teow
  • 1 sudu makan cili kisar
  • Kerang
  • Taugeh dan kucai
  • 1 biji telur
  • 4 sudu besar paste char kuey teow 

Cara Membuat Resepi Char Kuey Teow Ringkas Dan Panas


Langkah 1
Tumis cili kisar hingga garing. Masukkan 4  sudu besar paste tadi.INGAT... !! api mesti mau besar.

Langkah 2
Masukkan kerang dan udang yang telah direbus tadi. Nak sedap lagi tambah udang fresh.

Langkah 3
Kemudian masukkkan 1/2 cawan air. Bila kuah mendidih barulah masukkan kuey teow, kucai dan taugeh.

Langkah 4
Pecahkan telur, kacau dan bolehlah di angkat. Kalau agak-agak kering, tambahkan lagi paste char kuey teow tu. Ingat, tak perlu masak lama2 sangat, nanti kering kontang ler char kuey teow tu. Biar basah-basah sikit sebab char kuey teow ni cepat meresap..


Langkah 5

Boleh diangkat dan dihidangkan

Sumber > klik sini


Lagi Resepi Menarik:

Video Resepi Char Kuey Teow Ringkas Dan Panas

 

Semoga anda terhibur dan dapat belajari Resepi Char Kuey Teow dengan awesome sekali..


Tiada ulasan:

Catat Ulasan