Aneka Pilihan Resepi Menarik Di Sini

Khamis, 7 September 2017

Resepi Daging Masak Kicap Yang Mudah


Resepi Daging Masak Kicap Yang Mudah. Alhamdulillah tahun ini ada rezeki lebih, keluarga ambil satu bahagian Qurban. Jadi, tahun ini banyak daging sedikit dari tahun-tahun sebelum ini. Pelbagai resepi daging telah dihidangkan, antara salah satunya adalah daging masak kicap. Jika anda mahu pelajarinya juga, saya ada kongsikan resepinya di sini..

Resepi Daging Masak Kicap Yang Mudah

Resepi Daging Masak Kicap Yang Mudah


Penyediaan bahan untuk memasak resepi ini memang ringkas dan gerenti sedap..huhu. Itu pun kalau anda ikut resepi dengan betul. Jadi, antara bahannya adalah..

Bahan-bahan
  • 300gm daging lembu
  • 10 biji cili padi - dihiris kasar
  • 1 biji cili/lada merah
  • 1 sudu sos tiram
  • 1 sudu kicap manis
  • 1 labu bawang besar - dihiris kasar
  • 3 ulas bawang putih - diketuk
  • 3 hiris halia
  • Sedikit garam, serbuk kunyit + lada sulah



Cara Menyediakan Resepi Daging Masak Kicap


Langkah 1

daging dihiris nipis + toskan.
 

Langkah 2
gaul dengan garam + serbuk kunyit.
 

Langkah 3
masukkan dalam kuali dan masak hingga kering airnya. tambah air sekiranya daging belum empuk.
 

Langkah 4
setelah daging empuk dan air telah menjadi sedikit kering, masukkan 2-3 sudu minyak dan goreng daging seketika.
 

Langkah 5
kemudian masukkan bawang besar, bawang putih, halia, cili padi dan cili/lada merah.
 

Langkah 6
kacau hingga bawang besar menjadi layu.
 

Langkah 7
kemudian masukkan sos tiram, kicap manis + lada sulah.
 

Langkah 8
kacau sehingga sebati dan siap!


Selesai..

Sumber > klik sini

Video Menyediakan Resepi Daging Masak Kicap 

 

Semoga anda terhibur dan dapat belajari Resepi Daging Masak Kicap dengan awesome sekali.. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan