Aneka Pilihan Resepi Menarik Di Sini

Selasa, 25 Julai 2017

Resepi Sup Ayam Terlajak Sedap


Resepi Sup Ayam Terlajak Sedap. Masih teringat lagi Resepi Sup Ayam yang pertama kali saya masak, boleh tahan rasanya..huhu. Saya pun belajar resepi tersebut melalui carian google tapi sudah lupa blog mana yang dipelajari. Boleh katakan tidak sukar memasaknya, rasanya anda semua dengan mudah membuat sup ayam ini. Sangat simple dan sedap..huhu..

Resepi Sup Ayam Terlajak Sedap

Resepi Sup Ayam Terlajak Sedap


Penyediaan bahan untuk memasak resepi ini memang ringkas dan gerenti sedap..huhu. Itu pun kalau anda ikut resepi dengan betul. Jadi, antara bahannya adalah.. 

Bahan-bahan
  • Separuh bahagian ayam
  • 5 biji bawang merah (di hiris nipis)
  • 3 ulas bawang putih (di hiris nipis)
  • 1/2 halia (di hiris nipis)
  • 3 biji kentang
  • Rempah 4 sekawan (buah pelaga, kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih)
  • Serbuk perasa
  • Garam
  • Sup bunjut
  • Minyak


Cara Masak Resepi Sup Ayam


Langkah 1

Panaskan sedikit minyak, kemudian tumiskan rempah 4 sekawan bersama bawang merah, bawang putih dan halia yang telah di hiris tadi. Tumis sehingga garing.
 

Langkah 2
Setelah garing, masukkan ayam dan sedikit air serta garam secukup rasa. Biarkan sehingga mendidih.
 

Langkah 3
Selepas itu, masukkan sup bunjut dan kentang yang di belah empat. Tambahkan lagi air dan biarkan sehingga kentang empuk.
 

Langkah 4
Tambah sedikit serbuk perasa dan tunggu sehingga sup menggelegak.
 

Langkah 5
Bila dah masak tutup api dan boleh dihidangkan..

Selesai..

Video Resepi Sup Ayam 

 

Semoga anda terhibur dan dapat belajari Resepi Sup Ayam dengan awesome sekali..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan