Aneka Pilihan Resepi Menarik Di Sini

Rabu, 26 Julai 2017

Resepi Ayam Masak Halia Ringkas Dan Sedap


Resepi Ayam Masak Halia Ringkas Dan Sedap. Siapa yang gemarkan setiap masakannya pasti ada satu jenis bahan ini iaitu halia. Halia ini dikenali dengan bahan yang berkhasiat yang boleh mengeluarkan angin dalam badan. Antara masakan yang best masak bersama halia adalah Resepi Ayam Masak Halia. Nanti anda boleh lah belajar resepi yang akan diberikan ini..

Resepi Ayam Masak Halia Ringkas Dan Sedap

Resepi Ayam Masak Halia Ringkas Dan Sedap


Penyediaan bahan untuk memasak resepi ini memang ringkas dan gerenti sedap..huhu. Itu pun kalau anda ikut resepi dengan betul. Jadi, antara bahannya adalah..

Bahan-bahan
  • 3 ketul dada ayam – potong / hiris kecik
  • 1 ulas bawang putih
  • 6cm halia (dihiris pajang2)
  • Rerbuk lada hitamBawang besar potong bulat (untuk hiasan)
  • Cili merah
  • Carrots

Bahan perap (selama 20 minit)

  • 3 sudu besar kicap manis
  • 4 sudu besar sos tiram
  • 6cm halia – diblend



Cara Masak Resepi Ayam Masak Halia


Langkah 1
Bersihkan ayam, perap dengan bahan perapan selama 20 minit atau lebih
 

Langkah 2
Panaskan minyak untuk menumis. Tumis halia sehingga garing. Kemudian masukkan bawang putih
 

Langkah 3
Masukkan ayam yang telah diperap tadi. Masak hingga ayam empuk. Jika suka berkuah boleh lah tambahkan air
 

Langkah 4
Masukkan garam & gula secukup rasa. Masukkan juga cili potong, bawang potong & serbuk lada hitam
 

Langkah 5
Sedia dihidangkan… Sedap makan panas-panas! Wallaa…

Selesai..

Video Resepi Ayam Masak Halia


Semoga anda terhibur dan dapat belajari Resepi Ayam Masak Halia dengan awesome sekali..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan