Aneka Pilihan Resepi Menarik Di Sini

Ahad, 23 Julai 2017

Resepi Mee Udang Ringkas Tapi Sedap


Resepi Mee Udang Ringkas Tapi Sedap. Teringin masakan dari Mee, dengan mee macam-macam resepi boleh dihasilkan seperti mee goreng, mee sup, mee kari udang dan sebagainya. Mee memang mudah didapati dan harganya pula murah, sentiasa menjadi kegemaran semua lapisan masyarakat. Keluarga saya juga menyukainya dan salah satu resepi kegemaran adalah Mee Udang..huhu..

Resepi Mee Udang Ringkas Tapi Sedap

Resepi Mee Udang Ringkas Tapi Sedap


Anda yang teringin memasak resepi ini, boleh dulu cari bahan-bahan masakan di pasar-pasar berdekatan. Bahan masakan yang perlu dibeli adalah..

Bahan-bahan
  • 400 gram mee kuning
  • 200 gram udang
  • Air rebusan udang
  • 2 keping tauhu goreng
  • 4 ulas bawang putih - dicincang
  • 1 biji bawang besar dicincang
  • 1 cawan tauge - untuk hiasan
  • 1 cawan sawi - untuk hiasan
  • 1 tangkai daun bawang - untuk hiasan
  • 1 biji limau nipis
  • 6 biji cili padi
  • 1 sudu kecil belacan bakar
  • 2 sudu besar pes cili
  • 2 sudu besar sos cili
  • 2 sudu besar sos tomato
  • Sedikit minyak
  • 1 sudu besar sos ikan
  • Garam secukup rasa


Cara Masak Mee Udang


Langkah 1
Mula sekali, panaskan minyak dan tumiskan bawang besar serta bawang putih hingga naik bau.
 

Langkah 2
Masukkan udang dan pes cili. Goreng seketika hingga udang bertukar warna.
 

Langkah 3
Masukkan cili padi, belacan dan garam secukup rasa. Hancurkan ketulan belacan dan tumis bahan-bahan ini hingga pecah minyak.
 

Langkah 4
Curahkan sos ikan, sos tomato, sos cili dan air rebusan udang. Kacau rata, biarkan hingga mereneh dan pekat.
 

Langkah 5
Masukkan mee ke dalam mangkuk dan curahkan kuah tadi. Aturkan tauhu goreng, sawi dam tauge yang telah dicelur serta limau.
 

Langkah 6
Taburkan pula daun bawang dan hidangkan ketika panas.

Dengan itu..

Selesai..

Video Resepi Mee Udang 

 

Dikongsikan juga resepi mee udang melalui YouTube. Semoga dengan panduan ini anda akan pandai memasak resepi ini..huhu..


Tiada ulasan:

Catat Ulasan