Aneka Pilihan Resepi Menarik Di Sini

Ahad, 23 Julai 2017

Resepi Ikan Kembung Masak Asam Pedas


Resepi Ikan Kembung Masak Asam Pedas. Semenjak harga ikan melambung naik, jarang-jarang dapat beli ikan seperti ikan kembung. Di ingatkan balik, sudah lama saya tidak makan ikan kembung masak asam pedas yang awesome. Jadi, balik dari kerja petang itu. Dengan ditemani ahli keluarga, singgah di pasaraya berdekatan untuk mencari bahan-bahan membuat resepi tersebut..

Resepi Ikan Kembung Masak Asam Pedas

Resepi Ikan Kembung Masak Asam Pedas


Di halaman ini saya kongsikan cara memasak resepi tersebut, resepinya anda boleh ubah bergantung pada situasi..

Bahan-bahan 
  • Beberapa ekor ikan kembung - (bersihkan boleh pilih nak potong 2 atau tidak)
  • 10 batang bendi
  • 2 batang serai - dititik
  • 1/2 cawan air asam jawa atau 1 keping asam keping
  • 1 cekak daun kesum
  • Minyak untuk menumis
  • Garam secukup rasa
  • 1 kuntum bunga kantan - kalau tak ada pun tak apa
  • Air secukupnya

Bahan Kisar

  • 8 ulas bawang merah
  • 18 tangkai cili kering
  • 4 ulas bawang putih
  • 3 batang cili merah
  • 1 inci belacan

Cara Masak Asam Pedas Ikan Kembung


Langkah 1

Panaskan minyak dalam kuali kemudian tumis semua bahan kisar bersama serai yang dititik tadi. Tumis sehingga terbit minyak dan harum..

Langkah 2 

Masukkan air asam jawa dan air secukupnya kemudian biarkan sehingga kuah mendidih. Masukkan daun kesum dan perasakan dengan garam..

Langkah 3 

Masukkan ikan dan biarkan merenih dan empuk. Masukkan bendi dan bunga kantan. Bila bendi dah hancur atau lebur, ikan kembung asam pedas siap untuk dihidangkan..

Resepi Ikan Kembung Masak Asam Pedas


Selesai..

Video Resepi Ikan Kembung Masak Asam Pedas

 

Sedikit perkongsian cara memasak resepi tersebut yang diambil dari YouTube. Ia akan memudahkan anda untuk memperlajarinya. Dengan panduan dari resepi ini akan membuatkan anda berjaya memasak dengan awesome..huhu..


Tiada ulasan:

Catat Ulasan