Aneka Pilihan Resepi Menarik Di Sini

Isnin, 24 Julai 2017

Resepi Ayam Masak Merah Pasti Sedap


Resepi Ayam Masak Merah Pasti Sedap. Jika anda ingin mencuba resepi dari ayam. SERIUS, anda harus mencuba Resepi Ayam Masak Merah ini. Jika betul cara memasak, kuahnya yang pekat dan ditambah dengan kepedasan, pastinya menjilat jari..huhu. Ingin mengetahui sendiri bagaimana rasa ayam masak pedas, boleh cuba resepi yang dikongsikan ini..

Resepi Ayam Masak Merah Pasti Sedap

Resepi Ayam Masak Merah Pasti Sedap


Sebelum memasak resepi tersebut, sila cari bahan-bahan ini terlebih dahulu. Antara bahan yang diperlukan adalah..

Bahan bahan
  • 1 ekor ayam - lumur garam + kunyit & goreng separuh masak.
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 2 sudu besar sos cili
  • 60 ml santan
  • 250 ml air
  • 3 biji tomato - belah 4
  • Garam secukup rasa
  • Gula secukup rasa - saya tambah
  • Minyak utk menumis
  • Kacang peas - opsyenal

Bahan Kisar Halus

  • 4 biji bawang besar
  • 5 ulas bawang merah
  • 5 ulas bawang putih
  • 2 cm halia
  • 15 - 20 tangkai cili kering - rebus sebentar dan kisar

Bahan Hiris

  • 3 biji bawang besar - lagi sedap bwg holland
  • 5 ulas bawang putih
  • 2 cm halia - hiris jadi 3 keping

Cara Masak Resepi Ayam Masak Merah


Langkah 1
Panaskan minyak dalam kuali dan tumis bahan hirisan sampai layu. Kemudian masukkan bahan kisar dan gaul rata.

Langkah 2
Lepas tu masukkan cili kering yang dikisar dan sos cili. Tumis sampai pecah minyak. 


Langkah 3
Bila dah pecah minyak, masukkan ayam yang digoreng separuh masak tadi. Jika digoreng garing, ayam akan menjadi liat. Dikacau rata dan biarkan seketika.


Langkah 4
Kemudian masukkan air mengikut banyak mana kuah yang disukai. Lepas tu masukkan santan untuk memekatkan kuah mengikut yang disukai.


Langkah 5
Masukkan buah tomato dan garam. Masak sehingga pecah minyak. Taburkan sedikit gula, jika suka. Bila rasa dah sebati, dan warnapun dah cantik, bolehlah ditutup api.
 

Selesai..

Video Resepi Ayam Masak Merah 

 

Dikongsikan juga Resepi Ayam Masak Merah melalui YouTube. Semoga dengan panduan ini anda akan pandai memasak resepi ini..huhu..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan