Aneka Pilihan Resepi Menarik Di Sini

Isnin, 24 Julai 2017

Resepi Kuah Kacang Tahan Lama


Resepi Kuah Kacang Tahan Lama. Satey memang sedap bila dimakan dengan kuah kacang. Begitu juga bila dimakan dengan nasi impit, lemang, ketupat nasi dan sebagainya. Selama ini kita hanya memakannya tanpa menyedari resepi ini tidak begitu sukar untuk memasaknya. Jadi, apa kata anda semua belajar memasak resepi kuah kacang tersebut..huhu..

Resepi Kuah Kacang Tahan Lama

Resepi Kuah Kacang Tahan Lama


Sebelum memasak resepi ini, penyediaan bahan-bahan yang lengkap perlu disediakan  untuk memudahkan proses memasaknya. Antara bahan-bahannya adalah..

Bahan-bahan
  • 200gm kacang tanah(digoreng tanpa minyak)
  • 1/2 cawan air asam jawa
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Minyak untuk menumis
  • 500ml air

Bahan Kisar

  • 7 tangkai cili kering
  • 4 biji bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 2 batang serai
  • 1/2 cm halia
  • 1/2 cm lengkuas
  • 2 biji buah keras
  • Sedikit belacan

Cara Masak Resepi Kuah Kacang


Langkah 1
Panaskan minyak dan tumis bahan kisar hingga naik bau.


Langkah 2
Masukkan kacang yang di kisar, air dan air asam jawa. Masukkan air yang lebih pun tidak mengapa kerana kacang tadi akan meresap air yang berlebihan.

Langkah 3
Masak hingga kuah pekat.


Langkah 4
Perasakan dengan garam dan gula.

Langkah 5
Bila siap bolehlah di hidangkan dengan nasi impit 

Selesai..

Tips Kuah Kacang Tahan Lama
  1. Jangan masukkan santan dalam resepi tersebut..
  2. Campur air asam jawa untuk kuah tahan lama..
  3. Letak dalam peti sejuk..  
 Video Resepi Kuah Kacang  

 

Dikongsikan juga Resepi Kuah Kacang melalui YouTube. Semoga dengan panduan ini anda akan pandai memasak resepi ini..huhu..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan