Aneka Pilihan Resepi Menarik Di Sini

Isnin, 24 Julai 2017

Resepi Ikan Singgang Kelantan


Resepi Ikan Singgang Kelantan. Tiap kali melancong ke pantai timur lebih-lebih lagi di Kelantan. Kami satu family pastinya tidak akan lepaskan peluang merasai resepi ikan singgang dari negeri tersebut. Bestnya bila menggunakan ikan tongkol ditambah dengan budu, memang awesome habis. Tak sedar 2 pinggang sudah bedal..huhu. Anda juga boleh cuba..

Resepi Ikan Singgang Kelantan

Resepi Ikan Singgang Kelantan


Penyediaan untuk memasak resepi ini pun mudah. Jadi, anda yang ingin membuatnya. Boleh pergi ke pasar-pasar yang terpilih. Antara bahan-bahannya adalah..

Bahan-bahan:
  • Ikan (ikan tongkol, ikan lain pun boleh)
  • Lengkuas 1 1/2 inci - dihiris halus
  • Asam keping -5-6 keping (bergantung pada keadaan)
  • Cili Padi
  • Budu 1sk


Cara Masak Resepi Ikan Singgang Kelantan


Langkah 1
Satukan semua bahan-bahan dalam periuk

Langkah 2
Masukkan air (paras dia sy sll agak2 tenggelam sikit ikan tu)

Langkah 3

Masukkan garam secukup rasa

Langkah 4
1/4 Gula melaka @ org kelantan panggil Nisae


Langkah 5
Masak sampai mendidih

Hidangkan bersama Budu dan ulam-ulaman..


Selesai..

Video Resepi Ikan Singgang Kelantan 

 

Dikongsikan juga Resepi Ikan Singgang Kelantan melalui YouTube. Semoga dengan panduan ini anda akan pandai memasak resepi ini..huhu..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan