Aneka Pilihan Resepi Menarik Di Sini

Selasa, 25 Julai 2017

Resepi Pisang Goreng Ranggup


Resepi Pisang Goreng Ranggup. Jika ada lebihan pisang yang sudah masak di rumah. Sedap kalau di goreng dan dimakan panas-panas. Selalunya ibu saya akan menyediakan hidangan ini petang-petang untuk dimakan sekeluarga. Itu pun jika ada lebihan pisang..huhu. Dari membazir wang membeli pisang goreng, buat sendiri lagi jimat. Jadi, saya kongsikan Resepi Pisang Goreng yang ringkas ini..

Resepi Pisang Goreng Ranggup

Resepi Pisang Goreng Ranggup


Penyediaan bahan untuk memasak resepi ini memang ringkas dan gerenti ranggup. Itu pun kalau anda ikut resepi dengan betul..huhu. Jadi, antara bahannya adalah..

Bahan-bahan
  • Pisang (apa-apa jenis pisang)
  • 2 cawan gandum
  • 1/2 sudu teh garam
  • 2 sudu gula
  • 4 sudu besar minyak panas(betul-betul panas)
  • Air secukupnya
  • Minyak untuk menggoreng



Cara Masak Resepi Pisang Goreng


Langkah 1
Panaskan minyak untuk menggoreng.

Langkah 2
Campurkan tepung gandum, gula dan garam.

Langkah 3
Masukkan air secukupnya dan gaul biar sebati. Biar adunan pekat.

Langkah 4
Masukkan minyak panas dan gaul sebati bersama adunan.

Langkah 5
Celupkan pisang ke dalam adunan dan goreng sehingga keperangan atau garing.

Langkah 6
Angkat dan sedia untuk dihidang.

Selesai..

Video Resepi Pisang Goreng


Dikongsikan juga Resepi Pisang Goreng melalui YouTube. Semoga dengan panduan ini anda akan pandai memasak resepi ini..huhu..


Tiada ulasan:

Catat Ulasan