Aneka Pilihan Resepi Menarik Di Sini

Sabtu, 3 Mac 2018

Resepi Roti Goreng Sosej Ringkas Dan Sedap


Resepi Roti Goreng Sosej Ringkas Dan Sedap. Alhamdulillah hari ini kembali sihat setelah beberapa hari sakit tekak, batuk dan deman. Demi meraikan selera makan yang kembali normal, hari ini saya makan roti goreng sosej yang ringkas namun sedap. Kenyang juga makan sarapan pagi ini dengan teh tarik. Baru boleh kembali pekerja dengan semangat, kan..huhu.. Bila difikirkan, dengan menggunakan roti banyak juga resepi yang boleh disediakan..

Jika anda juga teringin untuk membuat resepi roti goreng sosej ini, panduan dan resepi disediakan dilaman ini. Saya biasa gunakan roti gardenia kerana roti tersebut lembut, roti ini senang saja untuk dapatkan. Dimana-mana kedai pun anda menjualnya. Sosej pula atas pilihan anda sendiri. Selain itu, bahan-bahan lain pun senang didapati di pasaraya. Tak lupa juga terima kasih pada blogger yang kongsikan resepi ini..

Resepi Roti Goreng Sosej Ringkas Dan Sedap
Resepi Roti Goreng Sosej Ringkas Dan Sedap (Gambar Hiasan)

Resepi Roti Goreng Sosej Ringkas Dan Sedap

Penyediaan bahan untuk memasak resepi ini memang ringkas dan gerenti sedap..huhu. Itu pun kalau anda ikut resepi dengan betul. Jadi, antara bahannya adalah..

Bahan-bahan
  • Roti keping
  • Sosej
  • Telur
  • Secubit garam
  • Gula
  • Sedikit tepung gandum/tepung beras
  • Sedikit soda bikarbonat (agen perangup)
  • Sedikit tepung gandum (untuk dijadikan gam dicampurkan sedikit ke dalam telur)
Resepi Roti Goreng Sosej Ringkas Dan Sedap
Resepi Roti Goreng Sosej Ringkas Dan Sedap (Gambar Hiasan)

Cara Membuat Resepi Roti Goreng Sosej


Langkah 1
Potong sosej mengikut selera anda. Jika potong sosej kepada 2, roti pun bahagi kepada dua. Kalau potong 3, roti pun bahagi kepada 3 bahagian. Biasanya saya potong 3, tidak besar sangat dapat pun banyak. 


Sebelum roti dipotong, tekan atau penyekkan sedikit roti tu atau boleh juga gunakan penggelek untuk memadatkan roti tu. 

Tujuannya adalah untuk mengelakkan roti terlalu kembang masa dicelup ke dalam telur dan juga mengelakkan roti menyerap minyak berlebihan ketika digoreng. Jangan risau kerana roti akan mengembang semula ketika digoreng.

Langkah 2
Selepas dipenyekkan, potong roti dan gulungkan sosej yang dipotong tadi dengan roti. Kemudian dihujung roti tersebut, gamkan dengan tepung yang dibancuh dengan sedikit air


Jangan terlalu cair ya, nanti tak lekat pula. Selepas dilekatkan biarkan sekejap sementara kita siapkan telur.

Langkah 3
Pecahkan telur. Masukkan tepung, soda bikarbonat, garam dan gula. Pukul sehingga sebati dan agak kembang atau kalau nak senang masuk blender saja.


Selepas itu celupkan roti tadi dan terus goreng dengan menggunakan minyak yang banyak dan panas.

Langkah 4
Setelah agak keperangan, angkat dan toskan minyak atas tisu dapur.

Langkah 5
Roti goreng sosej siap untuk dihidangkan.

Sumber > klik sini

Lagi Resepi Menarik:


Video Resepi Roti Goreng Sosej Ringkas Dan Sedap

 
 
Semoga anda terhibur dan dapat belajari Resepi Roti Goreng Sosej dengan awesome sekali..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan