Resepi Kuey Teow Sup Mudah, Ringkas Dan Sedap. Selalunya bila teringin makan kuey teow sup saya selalu keluar makan diluar. Niat sebenar nak luangkan masa bersama keluarga..huhu. Tapi ada juga time malas nak keluar tapi teringin nak makan pula. Jadi masak sendiri saja la, lagi sedap dan nikmat. Anak-anak apa lagi bila tahu saya nak buat kuey teow sup, lagi la mereka suka..
Katanya lama tak makan masakan ibu..huhu. Untuk membuat resepi kuey teow ini tidak la susah, resepi ini juga saya belajar melalui blog lain. Jika anda mahu belajar memasak resepi tersebut, dilaman ini saya kongsikan panduannya. Anda lihat dulu bahan tersebut, kalau cukup lengkap. Boleh la mulakan langkah pertama sehingga langkah terakhir..
Resepi Kuey Teow Sup Mudah, Ringkas Dan Sedap (Gambar Hiasan) |
Resepi Kuey Teow Sup Mudah, Ringkas Dan Sedap
Penyediaan bahan untuk memasak resepi ini memang ringkas dan gerenti sedap..huhu. Itu pun kalau anda ikut resepi dengan betul. Jadi, antara bahannya adalah..
Bahan-bahan
- 2 bungkus kuey teow
- 500g daging
- 1/2 labu bawang besar*
- 1 inci halia*
- 3 ulas bawang putih*
- 1 batang kulit kayu manis*
- 3 kuntum bunga lawang
- 3 kuntum buah pelaga
- 3 biji buah pelaga
- 1 sudu teh biji lada hitam - tumbuk kasar
- 1/2 sudu teh serbuk lada sulah
- 1 pokok daun ketumbar
- Seketul kecil gula batu ( 1/2 inci)
- Garam secukup rasa
- Air secukupnya
- Bawang goreng, daun bawang, cili hiris, limau nipis (hiasan)
Resepi Kuey Teow Sup Mudah, Ringkas Dan Sedap (Gambar Hiasan) |
Cara Membuat Resepi Kuey Teow Sup Mudah, Ringkas Dan Sedap
Langkah 1
Basuh kuey teow dan di celur sebentar. Angkat dan toskan.
Langkah 2
Panggang semua bahan bertanda * hingga wangi dan sedikit 'char'
Langkah 3
Masukkan daging (ketul besar), semua bahan yg dipanggang, lada hitam, lada sulah, pokok ketumbar dan air secukupnya. Rebus hingga daging empuk. Buang buih lemak (scum) yg terapung kat atas permukaan air.
Langkah 4
Kemudian, tapiskan rebusan itu. Ambil air rebusan dan daging sahaja. Ini kerana kita mahukan kuah sup yang 'clear'.
Langkah 5
Rebus lagi air rebusan. Jika kuah nampak sedikit, tambahlah lagi air. Masukkan gula batu. Perisakan dengan garam. Jika mahu pedas, masukkan dua tiga biji cili padi yg diketuk.
Langkah 6
Ketulan daging yang telah direbus dihiris nipis dan masukkan kembali ke dalam air rebusan.
Langkah 7
Tutup api apabila sup mendidih dan cukup rasanya.
Langkah 8
Kuey Teow Sup siap untuk dihidangkan.
Sumber > klik sini
Lagi Resepi Menarik:
Video Resepi Roti Goreng Sosej Ringkas Dan Sedap
Semoga anda terhibur dan dapat belajari Resepi Kuey Teow Sup dengan awesome sekali..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan