Aneka Pilihan Resepi Menarik Di Sini

Ahad, 11 Februari 2018

Resepi Nasi Minyak Yang Awesome


Resepi Nasi Minyak Yang Awesome. Apa khabar anda semua, harap di hujung minggu ini anda semua sihat-sihar sahaja. Pastinya waktu terluang ini ada aktiviti yang menyeronokkan seperti belajar-belajar resepi baru. Anda juga yang melepaskan geram yang sudah lama tak masuk dapur dan masak resepi kegemaran seperti nasi goreng..

Sedapnya kalau dapat makan nasi minyak berlaukkan ayam gulai kari atau ayam masak merah. Dulu nak buat tak pandai, rugi pula tak belajar resepi tersebut dari ibu. Kalau anda masih mempunyai ibu, ambil kesempatan ini belajar dari mereka..hehe. Saya hanya belajar resepi ini yang dikongsikan dari blog yang baik hati. Jadi, untuk anda yang ingin memperlajarinya, silakan singgah dilaman ini..

Resepi Nasi Minyak Yang Awesome
Resepi Nasi Minyak Yang Awesome (Gambar Hiasan)

Resepi Nasi Minyak Yang Awesome


Penyediaan bahan untuk memasak resepi ini memang ringkas dan gerenti sedap..huhu. Itu pun kalau anda ikut resepi dengan betul. Jadi, antara bahannya adalah..
 

Bahan-bahan
  • 2 cawan beras yang telah di bersihkan
  • 2 ulas bawang besar (di mayang) *
  • 5 ulas bawang putih (di ketuk) *
  • 2 inci halia (potong memanjang) *
  • 1 inci kulit kayu manis *
  • 2 kuntum bunga lawang *
  • 5 biji buah pelaga *
  • 3 sudu makan marjerin planta * (aku guna jenama pelangi)
  • Minyak masak untuk menumis *
  • air secukupnya
  • 1 sudu garam
Resepi Nasi Minyak Yang Awesome
Resepi Nasi Minyak Yang Awesome (Gambar Hiasan)

Cara Membuat Resepi Nasi Minyak


Langkah 1
Panaskan minyak masak  berserta marjerin planta di dalam periuk. Masukkan semua bahan yang bertanda ( * ) dan tumis sehingga bawang menjadi layu dan naik bau.

Langkah 2
Kemudian masukkan beras yang telah di bersihkan tadi dan kacau supaya ianya sebati dengan semua bahan tumis tadi.

Langkah 3
Sekarang boleh masukkan air. Air masuk agak-agak saja. Sukatan air adalah mengikut beras dengan kaedah memasak nasi pakai dapur gas biasa. Kalau ikut sukatan memasak, air akan berada di atas beras sedalam 1 ruas jari telunjuk.

Langkah 4
Bila dah masukkan air, terus masukkan garam dan kacau supaya semuanya sebati. Masa ni kalau risau takut nasi jadi terlajak masin ke apa. Boleh masukkan garam sedikit demi sedikit dan rasa. Tiada masalah

Langkah 5
Sekarang ni hanya perlu tunggu nasi masak seperti biasa. Biasanya, suka masak pakai dapur gas walau ada rice cooker sebabnya boleh lihat nasi ini dari masa ke semasa. Tambahan pula, boleh letakkan sedikit colour bila nasi dah hampir masak.. ala ala nasi hujan panas gitu... 



Langkah 6

Nasi siap dimasak, sekarang boleh membuat ayam gulai kari atau ayam masak merah untuk dimakan bersama nasi minyak. Resepi boleh rujuk link dibawah..

Sumber > Kredit pemilik asal

Video Resepi Nasi Minyak

 

Semoga anda terhibur dan dapat belajari Resepi Nasi Minyak dengan awesome sekali..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan