Resepi Mee Goreng Mamat Ringkas Dan Sedap. Siapakah pengemar mee goreng mamat ? Pastinya saya dan ada di kalangan anda. Ada juga di kalangan mereka ini yang hari-hari makan mee goreng mamat. Kalau saya hari-hari makan makanan tersebut, jemu juga..huhu. Bahan apa yang menarik sehingga resepi tersebut menjadi kegemaran ramai..
Bahan untuk membuat mee ini bukannya susah dicari, boleh katakan ia mudah dicari di pasaraya. Bahkan cara untuk menghasilkan resepi mee goreng mamat ini senang dan ringkas sahaja. Kalau anda tonton cara penyediaan resepi ini sekali sahaja. Anda pun mampu membuatnya. Jka anda teringin untuk mengetahui resepi tersebut, dilaman ini ada dikongsikan..
Resepi Mee Goreng Mamat Ringkas Dan Sedap (Gambar Hiasan) |
Resepi Mee Goreng Mamat Ringkas Dan Sedap
Penyediaan bahan untuk memasak resepi ini memang ringkas dan gerenti sedap..huhu. Itu pun kalau anda ikut resepi dengan betul. Jadi, antara bahannya adalah..
Bahan-bahan
- 500gm Mee Kuning -dicelur ke dalam air panas
- 1 cawan Cili boh yang digoreng bersama
- ½ cawan minyak hingga masak 1 biji kentang – direbus separuh masak dan digoreng dan dihiris setebal
- 1cm 2 biji tauhu – digoreng dan dipotong lapan setiap satu
- 2 ketul cucur udang – di potong kecil
- 2 biji tomato – dipotong empat setiap satu
- 1 cawan Kobis – dihirs nipis
- 8 ekor udang sederhana besar – dibuang kepala dan tinggalkan kulit pada bahagian ekornya sahaja.
- 4 ulas bawang putih dicincang halus
- 1 biji bawang besar dicincang halus
- 2 sudu besar minyak untuk menggoreng
- 3 sudu besar Sos Tiram
- 3 sudu besar Sos Tomato
- 2 sudu besar sos Cili
- 2 sudu besar sos sotong
- ¼ cawan air
- ½ sudu besar kicap
- 2 biji Telur ayam
- 1 cawan taugeh
- ¼ cawan kacang tumbuk yang telah di sangan
- Cili sebagai hiasan
Resepi Mee Goreng Mamat Ringkas Dan Sedap (Gambar Hiasan) |
Cara Membuat Resepi Mee Goreng Mamat Ringkas Dan Sedap
Langkah 1
Mula-mula panaskan sedikit minyak menggunakan api yang kuat dan tumis udang bersama bawang besar serta bawang putih sehingga naik bau.
Langkah 2
Masukkan cili boh serta sos tiram, sos tomato, sos cili, sos sotong, air dan kicap. Tumis hingga pekat.
Langkah 3
Setelah itu , masukkan tauhu, kentang,cucur udang, tomato dan kobis. Kacau rata dan masukkan mee kuning serta taugeh, kacau lagi.
Langkah 4
Akhir sekali , masukkan telur satu demi satu. Kacau hingga kering dan masukkan kacang sambil membalikkan mee.
Langkah 5
Mee goreng mamak siap untuk dihidangkan..
Sumber > klik sini
Lagi Resepi Menarik:
Video Resepi Mee Goreng Mamat
Semoga anda terhibur dan dapat belajari Resepi Mee Goreng Mamat dengan awesome sekali..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan