Resepi Nasi Goreng Pattaya Ringkas. Salah satu resepi yang berasaskan nasi goreng yang menjadi sebutan netizen kerana keunikan dan kesedapannya ialah nasi goreng pattaya..
Siapa yang pandai membuatnya? Kalau saya, nak masak nasi goreng senang saja tapi hendak bungkus nasi tersebut dengan telur yang digoreng halus kurang menjadi sikit. Teknik kurang betul sikit kot! huhu. Tapi, itu dulu la. Sekarang ini dah okey. Untuk anda yang ingin memasak Resepi Nasi Goreng Pattaya, saya sediakan dilaman ini..
Resepi Nasi Goreng Pattaya Ringkas (Gambar Hiasan) |
Resepi Nasi Goreng Pattaya Ringkas
Penyediaan bahan untuk memasak resepi ini memang ringkas dan gerenti sedap..huhu. Itu pun kalau anda ikut resepi dengan betul. Jadi, antara bahannya adalah..Bahan-bahan
- Nasi yang telah dimasak
- 2 sudu besar minyak masak
- 1 biji bawang merah besar, 3 biji bawang putih (kisar)
- 1 mangkuk kecil isi ayam
- 2 tangkai sawi, dipotong sederhana
- 3 tangkai cili padi diketuk
- 1 sudu kecil serbuk lada hitam
- 1 sudu kecil kicap sotong
- 1 sudu besar sos tiram
- 1 sudu besar sos cili
- 2 biji telur ayam
- Garam & gula secukup rasa
Cara Masak Nasi Goreng
Langkah 1
Panaskan minyak
Langkah 2
Tumis bawang yang diblend hingga naik bau
Langkah 3
Masukkan isi ayam, kacau hingga masak
Langkah 4
Masukkan sos tiram
Langkah 5
Masukkan garam & gula secukup rasa
Langkah 6
Masukkan sawi & cili padi
Langkah 7
Masukkan nasi
Langkah 8
Taburkan serbuk lada hitam & kacau hingga sebati. Ketepikan dulu.
Resepi Nasi Goreng Pattaya Ringkas (Gambar Hiasan) |
Cara Bungkus Nasi Dengan Telur
Langkah 1
Gunakan kuali berasingan dari kuali yang diguna untuk menggoreng nasi.
Langkah 2
Panaskan kuali dan masukkan 2 sudu besar minyak masak
Langkah 3
Ratakan minyak hingga keseluruh permukaan kuali
Langkah 4
Bila minyak betul-betul panas, masukkan telur yang telah dikepuk secara berpusingan bermula dari atas hingga ke tengah kuali. Pastikan telur rata dan menipis di dalam kuali. Proses ini mengambil masa yang amat singkat.
Langkah 5
Masukkan nasi yang digoreng tadi ke bahagian tengah telur yang masih memanas di dalam kuali.
Langkah 6
Hujung telur dilipat menjadi 4 penjuru. Proses ini sama seperti yang anda lihat orang buat murtabak.
Langkah 7
Ambil pinggan kosong, telungkupkan di atas telur dan terbalikkan kuali dan sambut nasi goreng yang berbungkus nasi secara berhati-hati.
Langkah 8
Siap dan boleh dihidangkan.
Selesai..
Sumber > klik sini
Video Resepi Nasi Goreng Pattaya Ringkas
Semoga anda terhibur dan dapat belajari Resepi Nasi Goreng Pattaya dengan awesome sekali..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan