Aneka Pilihan Resepi Menarik Di Sini

Selasa, 19 Disember 2017

Resepi Kuih Keria Lembut Dan Sedap


Resepi Kuih Keria Lembut Dan Sedap. Siapa suka makan kuih muih ? Rasanya semua suka, kan. Kuih apa yang anda suka makan ? Donut atau ketayap. Siapa yang suka sangat makan kuih keria ? Pastinya ramai,kan. Banyak pula soalan saya..huhu.Kuih keria sudah menjadi tradisi dari dulu lagi tapi ramai yang tidak pandai membuatnya terutama lelaki. Jadi, dilaman ini. Saya kongsikan Resepi Kuih Keria untuk anda yang ingin memperlajarinya..
Resepi Kuih Keria Lembut Dan Sedap
Resepi Kuih Keria Lembut Dan Sedap (Gambar Hiasan)

Resepi Kuih Keria Lembut Dan Sedap


Penyediaan bahan untuk memasak resepi ini memang ringkas dan gerenti sedap..huhu. Itu pun kalau anda ikut resepi dengan betul. Jadi, antara bahannya adalah..

Bahan-bahan
  • Keledek oren (650gm)
  • 160gm tepung gandum ( untuk keledek oren saya guna 35% tepung x berat keledek)
  • 40gm tepung ubi
  • Sedikit garam


Bahan untuk sira gula

  • 4 sudu makan gula
  • 1/2 cwn air @ kurang
Resepi Kuih Keria Lembut Dan Sedap
Resepi Kuih Keria Lembut Dan Sedap (Gambar Hiasan)


Cara Membuat Resepi Kuih Keria


Langkah 1
Rebus keledek dan garam sehingga empuk

Langkah 2
Toskan keledek sehingga kering air

Langkah 3
Lenyek keledek dan masukkan tepung, uli sehingga sebati

Langkah 4
Bahagikan doh kepada bebola kecil dan bentukkan seperti donat

Langkah 5
Goreng sehingga kekuningan, ketepikan dulu.

Langkah 6
Masak gula dan tambahkan sedikit air dalam kuali sehingga pekat.

Langkah 7
Apabila pekat, tutup api dan masukkan kuih keria tadi. Kacau sehingga keluar bunga gula.

Langkah 8
Siap dan boleh dihidangkan.


Selesai..

Sumber > klik sini

Video Resepi Kuih Keria


Semoga anda terhibur dan dapat belajari Resepi Kuih Keria dengan awesome sekali..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan