Aneka Pilihan Resepi Menarik Di Sini

Ahad, 26 November 2017

Resepi Kek Span Vanilla Lembut Dan Gebu Sukatan Cawan


Resepi Kek Span Vanilla Lembut Dan Gebu Sukatan Cawan. Bila dapat cuti dari pekerjaan yang melelahkan. Selain melancong ke sini sana, saya suka balik kampung berjumpa dan melepaskan rindu pada Mak Ayah dan kaum keluarga. Bila berjumpa mereka pelbagai topik yang dibincangkan. Termasuk lah resepi kek yang selalu dikongsi di media sosial itu..

Anak-anak buah selalu bertanya bila nak buat Resepi Kek Span Vanilla. Jadi untuk tidak menghampakan harapan mereka. Masuk dapur, maka terjadi lah kek span ini. Anak buah suka, saya pun gembira..huhu. Resepi tersebut saya kongsikan dilaman ini..
Resepi Kek Span Vanilla Lembut Dan Gebu Sukatan Cawan
Resepi Kek Span Vanilla Lembut Dan Gebu Sukatan Cawan (Gambar Hiasan)

Resepi Kek Span Vanilla Lembut Dan Gebu Sukatan Cawan


Penyediaan bahan untuk memasak resepi ini memang ringkas dan gerenti sedap..huhu. Itu pun kalau anda ikut resepi dengan betul. Jadi, antara bahannya adalah..
 

Bahan-bahan
  • 170 gm tepung kek
  • 50 gm minyak jagung
  • 3 - 4 biji telur gred A
  • 1 sudu teh baking powder
  • 1 sudu teh esen vanilla - gunakan yang oil base
  • 180 gm gula halus
  • 70 gm air
  • 15 gm ovellete
Resepi Kek Span Vanilla Lembut Dan Gebu Sukatan Cawan
Resepi Kek Span Vanilla Lembut Dan Gebu Sukatan Cawan (Gambar Hiasan)

Cara Menyediakan Resepi Kek Span Vanilla Lembut


Langkah 1

Satukan baking powder bersama tepung kek kemudian diayak dan masukan semua bahan kedalam mesin putar kecuali minyak jagung.
 

Langkah 2
Putar campuran bahan tadi dengan perlahan terlebih dahulu agar tepung tidak beterbangan. bila semua bahan sudah nampak bersatu tukar speed lebih laju hingga bahan menjadi gebu.
 

Langkah 3
Bila bahan tadi sudah gebu tutup mixer dan tuangkan minyak dan kaup balik dengan spatula sampai rata.
 

Langkah 4
Siapkan loyang bersaiz 8 inci dan lepikan dengan kertas kek kemudian sapukan butter di sekelilingnya dan tuangkan bahan kek tadi.
 

Langkah 5
Panaskan oven dan bakar kek tadi pada suhu 170"C selama lebih kurang 30 minit atau hingga masak.
 

Langkah 6
Akhir sekali, bila kek sudah masak keluarkan dan biarkan sekejap hingga sejuk selama 5 minit. kemudian cepat-cepat keluarkan dari loyang.
 

Langkah 7
Siap dan boleh dihidangkan

Selesai

Sumber > klik sini

Video Resepi Kek Span Vanilla
 

Semoga anda terhibur dan dapat belajari "Resepi Kek Span Vanilla" dengan awesome sekali.. 


Tiada ulasan:

Catat Ulasan