Aneka Pilihan Resepi Menarik Di Sini

Sabtu, 25 November 2017

Resepi Nasi Goreng Cina Ringkas Namun Sedap


Resepi Nasi Goreng Cina Ringkas Namun Sedap.Dengan nasi pelbagai cara dan resepi dapat dihasilkan. Contohnya nasi goreng, biasa yang popular ialah nasi goreng kampung, nasi goreng mamat, nasi goreng seafood dan sebagainya. Jadi hari ini, saya cuba untuk menyediakan resepi nasi goreng cina yang serba ringkas dan harap-harap sedap..huhu..

Untuk anda yang ingin mencubanya juga, saya kongsikan resepi tersebut dilaman ini. Semoga berjaya memasaknya..
Resepi Nasi Goreng Cina Ringkas Namun Sedap
Resepi Nasi Goreng Cina Ringkas Namun Sedap

Resepi Nasi Goreng Cina Ringkas Namun Sedap


Penyediaan bahan untuk memasak resepi ini memang ringkas dan gerenti sedap..huhu. Itu pun kalau anda ikut resepi dengan betul. Jadi, antara bahannya adalah..
 

Bahan-bahan
  • 1 mangkuk nasi putih
  • 4 ulas bawang putih dicincang
  • 4 ulas bawang merah dihiris
  • 1 sudu kecil serbuk lada sulah
  • 2 biji telur
  • Isi ayam dan udang secukupnya
  • Lobak merah, cili padi, sayur kubis dan daun bawang di hiris (boleh juga ditambah kacang pis dan jagung)
  • Minyak bijan
  • Minyak masak
Resepi Nasi Goreng Cina Ringkas Namun Sedap


Cara Menyediakan Resepi Nasi Goreng Cina


Langkah 1

Panaskan minyak masak dan minyak bijan.
 

Langkah 2
Tumis bawang putih dan bawang merah,
 

Langkah 3
Kemudian masukkan ayam dan lobak merah.
 

Langkah 4
Masakkan sedikit air, udang, cili padi dan lada sulah.
 

Langkah 5
Pukul telur dan tuang. Kacau sehingga telur masak.
 

Langkah 6
Tambahkan sedikit garam sebagai perasa.
 

Langkah 7
Masukkan nasi dan kacau sehingga sebati.
 

Langkah 8
Akhir sekali tambahkan sayur-sayuran. 

Langkah 9
Siap dan boleh dihidangkan.

Selesai..

Sumber > klik sini

Video Resepi Nasi Goreng Cina
 

Semoga anda terhibur dan dapat belajari Resepi Nasi Goreng Cina dengan awesome sekali..


Tiada ulasan:

Catat Ulasan