Aneka Pilihan Resepi Menarik Di Sini

Rabu, 4 Oktober 2017

Resepi Tauhu Goreng Telur Asin Ringkas Dan Enak


Resepi Tauhu Goreng Telur Asin Ringkas Dan Enak. Siapa pembaca blog saya yang suka makan tauhu ? Kalau ada kita geng..huhu. Rasanya Resepi Tauhu Goreng Telur Asin ramai yang suka kerana cara memasak yang ringkas tapi sedap. Pastinya anda ingin tahu bagaimana dengan tauhu dicampur telur dapat menghasilkan resepi ini. Resepinya ada disediakan dibawah..

Resepi Tauhu Goreng Telur Asin Ringkas Dan Enak
Gambar Hiasan

Resepi Tauhu Goreng Telur Asin Ringkas Dan Enak


Penyediaan bahan untuk memasak resepi ini memang ringkas dan gerenti sedap..huhu. Itu pun kalau anda ikut resepi dengan betul. Jadi, antara bahannya adalah..
 

Bahan-bahan
  • 5 ketul tauhu dipotong berbentuk kiub
  • 2 sudu besar tepung ubi
  • 2 biji putih telur ayam
  • 3 biji kuning telur masin
  • Cebisan roti
  • Minyak
  • Daun bawang



Cara Menyediakan Resepi Tauhu Goreng Telur Asin


Langkah 1
Salut tauhu dengan telur ayam, tepung ubi dan serbuk roti.
 

Langkah 2
Panaskan minyak
 

Langkah 3
Goreng tauhu tersebut sehingga kekuningan dan toskan minyak.
 

Langkah 4
Kemudian lenyekkan kuning telur masin dengan sedikit minyak sayur.
 

Langkah 5
Panaskan kuali semula
 

Langkah 6
Masukkan kuning telur masin dan daun bawang.
 

Langkah 7
Akhir sekali, masukkan tauhu yang telah ditos tadi dan gaulkan sehingga rata. 

Langkah 8
Siap dan boleh dihidangkan..

Selesai

Sumber > Telur Masin Turun Temurun Laris

Baca juga:
  1. Resepi Sup Telur Bersama Kentang Dan Suhun
  2. Resepi Ketam Telur Masin Yang Menarik

Video Masak Resepi Tauhu Goreng Telur Asin

 

Semoga anda terhibur dan dapat belajari Resepi Tauhu Goreng Telur Asin dengan awesome sekali..


Tiada ulasan:

Catat Ulasan