Resepi Tepung Gomak Yang Ringkas. Hari ini saya masih lagi ingin kongsikan resepi kuih muih warisan yang tidak akan lapok dari zaman ke zaman. Resepi yang ingin diperkatakan dan ingin dipelajari iaitu tepung gomak. Pastinya ada dikalangan anda yang selalu makan kuih ini tapi tidak tahu apa nama kuih ini. Betul tak apa yang saya katakan..huhu..
Saya cakap berdasarkan pengalaman diri sendiri. Selalu tengok Ibu masak Resepi Tepung Gomak tapi tahu makan jer la..hihi. Sedikit kisah dulu, zaman kanak-kanak. Alangkah bagusnya tepung gomak ini dibuat sendiri, lagi puashati dari dibeli. Jom anda pelajari, saya jumpa resepi tersebut melalui YouTube dan saya kongsikan dilaman ini..
Resepi Tepung Gomak Yang Ringkas |
Resepi Tepung Gomak Yang Ringkas
Penyediaan bahan untuk memasak resepi ini memang ringkas dan gerenti sedap..huhu. Itu pun kalau anda ikut resepi dengan betul. Jadi, antara bahannya adalah..Bahan Untuk Tepung Gomak
- 8 sudu besar tepung pulut
- 150 gm kacang hijau yang disangan
- 5 ml air kapur 200 ml air
- Garam secukup rasa
Bahan Untuk Inti
- 1 biji kelapa parut
- 150 gm gula melaka 1 sudu besar gula pasir
- 1 helai daun pandan
- Garam secukup rasa 200 ml air
Resepi Tepung Gomak Yang Ringkas (Gambar Hiasan) |
Cara Membuat Resepi Tepung Gomak Yang Ringkas
Langkah 1
Mula-mula kisar kacang hijau di dalam mesin pengisar sehingga lumat, ketepikan dahulu.
Langkah 2
Kemudian masukkan tepung pulut ke dalam mangkuk bersama air kapur, air dan garam secukup rasa. Uli sehingga menjadi doh dan ketepikan dahulu
Langkah 3
Untuk membuat intinya, masukkan sedikit air ke dalam kuali bersama kelapa parut, gula melaka, gula pasir, garam dan daun pandan. Didihkan sehingga gula cair sambil dikacau selalu.
Langkah 4
Kacau sehingga inti menjadi kering dan melekit. Angkat dan sejukkan sebentar.
Langkah 5
Selepas itu, ambil sedikit adunan tepung pulut tadi dan bentukkan menjadi bulat, kemudian leperkan dan letakkan inti kelapa di dalamnya. Bulatkan kembali dan tekan sedikit menjadi leper.
Langkah 6
Masukkan ke dalam air mendidih dan biarkan sehingga adunan timbul. Sementara itu, tapis tepung kacang hijau yang telah dikisar tadi.
Langkah 7
Setelah kuih timbul, angkat dan toskan airnya.
Langkah 8
Akhir sekali, golekkan ke atas tepung kacang sehingga rata. Buat sehingga semua adunan habis.
Langkah 9
Kuih tepung gomak siap untuk dihidangkan.
Sumber > klik sini
Lagi Resepi Menarik:
Video Resepi Tepung Gomak Yang Ringkas
Semoga anda terhibur dan dapat belajari Resepi Tepung Gomak dengan awesome sekali..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan