Aneka Pilihan Resepi Menarik Di Sini

Jumaat, 9 Mac 2018

Resepi Tepung Pelita Senang Dan Sedap


Resepi Tepung Pelita Senang Dan Sedap. Rasanya last makan tepung pelita masa buat taligh mertua tahun lepas. Itu pun jiran yang sponser kuih muih ini, sedap pula tu, pandai orang itu buat. Jadi, beberapa hari ni saya godek-godek carian google dan YouTube untuk mengetahui resepi tepung pelita yang menjadi tradisi turun temurun warisan negara. Banyak juga resepi jenis ini yang orang kongsikan tapi saya cari yang ringkas dan agak senang untuk menyediakannya..

Kebiasaannya di bulan ramadan kuih ini akan popular dan akan mendapat permintaan ramai berbanding bulan-bulan lain. Kalau berkunjung ke pasar ramadan, ramai yang jual tepung pelita. Orang kata, resepi bulan ramadan untuk mereka yang pandai membuat dan rajin berniga..huhu. Jika anda mahu belajar resepi, dilaman ini disediakan panduan resepi tersebut..

Resepi Tepung Pelita Senang Dan Sedap
Resepi Tepung Pelita Senang Dan Sedap (Gambar Hiasan)

Resepi Tepung Pelita Senang Dan Sedap


Penyediaan bahan untuk memasak resepi ini memang ringkas dan gerenti sedap..huhu. Itu pun kalau anda ikut resepi dengan betul. Jadi, antara bahannya adalah..

Bahan lapisan hijau

  • 1/2 cawan tepung beras
  • 1/2 cawan gula
  • 5 helai daun pandan
  • 2 1/2 cawan air
  • 1/2 sudu tepung jagung 
Bahan lapisan putih
  • 1/2 cawan tepung beras
  • 1/2 cawan gula Garam
  • 250 ml santan
  • 2 cawan air
  • 1/2 sudu tepung jagung
  • *sengkuang dan daun pisang
Resepi Tepung Pelita Senang Dan Sedap


Cara Membuat Resepi Tepung Pelita Senang Dan Sedap


Langkah 1
Untuk membuat lapisan hijau, masukkan kesemua bahan dan masak hingga berkilat

Langkah 2
Di dalam bekas pelita yang dibuat, taburkan sengkuang dan isikan lapisan hijau separuh bekas. Sejukkan

Langkah 3
Untuk membuat lapisan putih, satukan kesemua bahan dan masak hingga berkilat

Langkah 4
Penuhkan lapisan putih di dalam bekas lapisan hijah tadi

Langkah 5
Sejukkan dan Resepi Tepung Pelita sedia dihidangkan.

Sumber > klik sini

Lagi Resepi Menarik:

Video Resepi Tepung Pelita Senang Dan Sedap 

 

Semoga anda terhibur dan dapat belajari Resepi Tepung Pelita dengan awesome sekali..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan