Aneka Pilihan Resepi Menarik Di Sini

Sabtu, 30 September 2017

Resepi Mee Goreng Ringkas Yang Sedap


Resepi Mee Goreng Ringkas Yang Sedap. Dengan bahan seperti mee, pelbagai Resepi Mee boleh dihasilkan. Rasanya resepi mee yang menjadi kegemaran orang ramai ialah mee goreng. Mungkin sebab cara masakan dan bahannya yang ringkas tapi sedap..huhu. Saya selalu juga memasak mee goreng mengikut resepi yang dikongsikan di blog. Jadi, saya juga kongsikan untuk anda..

Resepi Mee Goreng Ringkas Yang Sedap

Resepi Mee Goreng Ringkas Yang Sedap


Penyediaan bahan untuk memasak resepi ini memang ringkas dan gerenti sedap..huhu. Itu pun kalau anda ikut resepi dengan betul. Jadi, antara bahannya adalah..

Bahan-bahan
  • Beberapa potong daging yang telah direbus
  • Udang & sotong (tiada pun okey)
  • 4-5 ketul sosej (goreng dulu).
  • 1 sudu sos cili
  • 1 senduk kicap mee goreng
  • 1/2 biji tomato (potong)
  • 4 batang sawi (potong)
  • 50 sen taugeh
  • 1/2 paket mee kuning
  • Garam
  • 1/2 cawan air


Bahan kisar
  • 2 ulas bawang merah
  • 1 ulas bawang putih
  • 1-2 sudu cili kering
 
Bahan hiasan
  • Cili merah
  • Hirisan daun sup
  • Bawang goreng


Cara Menyediakan Resepi Mee Goreng


Langkah 1
Tumis bawang merah dan bawang putih, kemudian masukkan cili kisar dan tunggu sehingga bahan-bahan garing.
 

Langkah 2
Masukkan sos cili bersama kicap mee, kacau seketika. Kalau agak kering masukkan sedikit air.
 

Langkah 3
Masukkan batang sayur sawi , udang dan daging yang telah direbus. Bila batang sawi,udang dan daging hampir lembut baru masukkan mee kuning. Jangan lupa gaulkansampai sebati. 

Langkah 4
Kemudian masukkan sosej yang dah digoreng, sayur sawi, tomato dan taugeh. Kacau-kacau hingga sekata.
 

Langkah 5
Perasakan dengan sedikit garam. Biar seketika. Bila dah sebati boleh tutup api dan angkat.

Langkah 6

Hiaskan ia dengan cili merah yang telah dipotong, daun sup dan bawang goreng.
 

Langkah 7
Siap dan boleh dihidangkan.

Selesai..

Sumber > klik sini

Video Masak Resepi Mee Goreng

 

Semoga anda terhibur dan dapat belajari Resepi Mee Goreng dengan awesome sekali..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan