Aneka Pilihan Resepi Menarik Di Sini

Ahad, 31 Disember 2017

Resepi Paprik Sotong Ringkas Dan Sedap


Resepi Paprik Sotong Ringkas Dan Sedap.Hari ini bertuah dapat makan paprik sotong kegemaran netizen. Resepi ini terkenal dengan kepedasan tapi sedap, siapa yang suka makan pedas memang tak rugi memasak makanan ini. Cara membuat resepi paprik sotong tak susah pun, lebih-lebih lagi cara pun ada yang ajar step by step..

Ikut arahan dengan betul pastinya menjadi..huhu. Dilaman ini saya akan kongsikan resepi tersebut langkah demi langkah. Semoga dapat memperlajarinya..
Resepi Paprik Sotong Ringkas Dan Sedap
Resepi Paprik Sotong Ringkas Dan Sedap (Gambar Hiasan)

Resepi Paprik Sotong Ringkas Dan Sedap


Penyediaan bahan untuk memasak resepi ini memang ringkas dan gerenti sedap..huhu. Itu pun kalau anda ikut resepi dengan betul. Jadi, antara bahannya adalah..

Bahan-bahan
  • 8 ekor sotong – bersihkan dan potong
  • 3 ulas bawang putih – diketuk
  • 1 labu bawang besar – dihiris bulat
  • 2 batang serai – dihiris kasar
  • 2 helai daun limau purut
  • 5 biji cili padi – diketuk
  • 1 biji cili merah- dihiris menyerong
  • 1 biji tomato – dihiris panjang
  • 1/2 biji cili benggala – dihiris menyerong
  • Sedikit bunga kobis, kacang panjang, lobak merah, putik jagung (potong)
  • 2 sudu besar cili kering kisar
  • 1 sudu besar sos tomato
  • 1 sudu besar sos cili
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu besar sos ikan atau sos sotong
  • 1 sudu besar gula
  • Garam secukup rasa
  • Sedikit minyak untuk menumis


Cara Membuat Resepi Paprik Sotong



Langkah 1

Panaskan minyak. Tumis bawang bawang putih dan cili padi. Kacau sekejap. Masukkan cili kering kisar dan kacau sehingga garing sedikit.

Langkah 2
Kemudiah baru dimasukkan sos cili, sos tomato, sos tiram, sos ikan atau sos sotong, dan sotong. Masukkan lebih kurang 1 cawan air dan biarkan kuah mendidih sekejap.

Langkah 3
Selepas itu masukkan serai, daun limau purut dan sayur-sayuran. Masukkan lobak merah dulu, kemudian diikuti oleh sayur-sayuran lain.

Langkah 4
Bila telah mendidih, masukkan hirisan bulat bawang besar, cili merah, cili bengggala, dan hirisan tomato.

Langkah 5
Rasa kuahnya, sekiranya perlu perisakan dengan gula dan garam. Kacau dan biarkan masak seketika.


Langkah 6
Siap dan boleh dihidangkan 

Selesai..

Sumber > klik sini
Resepi Paprik Sotong Ringkas Dan Sedap
Resepi Paprik Sotong Ringkas Dan Sedap (Gambar Hiasan)

Semoga anda terhibur dan dapat belajari Resepi Paprik Sotong dengan awesome sekali..
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan