Resepi Sotong Masak Merah Ringkas. Sebagai pengemar makanan berasaskan sotong pastinya Resepi Sotong Masak Merah hidangannya yang wajib disediakan. Kalau anda tidak makan sotong, sila abaikan..huhu. Rasanya resepi hidangan ini yang ringkas, siapa-siapa pun boleh membuatnya. Jadi, dilaman ini disediakan cara-cara memasaknya...
Resepi Sotong Masak Merah Ringkas (Gambar Hiasan) |
Resepi Sotong Masak Merah Ringkas
Penyediaan bahan untuk memasak resepi ini memang ringkas dan gerenti sedap..huhu. Itu pun kalau anda ikut resepi dengan betul. Jadi, antara bahannya adalah..
Bahan-bahan
- 500 gram sotong (potong)
- 3 sudu besar cili (kisar)
- 2 ulas bwg putih (ditumbuk)
- 1/2 labu bawang merah (ditumbuk)
- 1/2 labu bawang besar (dihiris)
- 5 biji tomato ceri (hiasan)
- Minyak
- Garam secukup rasa
Resepi Sotong Masak Merah Ringkas (Gambar Hiasan) |
Cara Masak Resepi Sotong Masak Merah
Langkah 1
Panaskan minyak di dalam kuali.
Langkah 2
Kemudian tumis bawang merah dan bawang putih yang telah dikisar sehingga naik bau wangi. Masukkan cili kisar dan tumis lagi sehingga berubah warna merah pekat.
Langkah 3
Masukkan sotong, sedikit air dan kacau sehingga rata.
Langkah 4
Tutup kuali dan biar sotong sehingga empuk.
Langkah 5
Masukkan bawang besar yang dihiris ke dalam kuali.
Langkah 6
Masukkan air sedikit lagi kalau nak berkuah.
Langkah 7
Tutup kuali seketika sahaja. Sotong siap untuk dihidangkan.
Selesai..
Sumber > klik sini
Video Resepi Sotong Masak Merah
Semoga anda terhibur dan dapat belajari Resepi Sotong Masak Merah dengan awesome sekali..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan