Resepi Kuih Puteri Ayu Sedap. Bertemu lagi anda sekian dalam artikel kali ini. Adakah sahabat-sahabat sedang menikmati kuih muih bersama keluarga. Dalam artikel kali ini saya ingin kongsikan resepi turun temurun dan menjadi kegemaran ramai iaitu Resepi Kuih Puteri. Nama yang cantik seperti kuihnya juga..huhu. Boleh katakan kuih ini boleh dimakan bila-bila masa sahaja tak kira pagi, petang atau malam..
Cara untuk membuatnya boleh katakan tidak sukar mana. Jadi, untuk memudahkan anda. Saya kongsikan resepi tersebut dilaman ini..
Resepi Kuih Puteri Ayu Sedap (Gambar Hiasan) |
Resepi Kuih Puteri Ayu Sedap
Penyediaan bahan untuk memasak resepi ini memang ringkas dan gerenti sedap..huhu. Itu pun kalau anda ikut resepi dengan betul. Jadi, antara bahannya adalah..
Bahan-bahan
- 2 cawan tepung
- 1 sudu kecil baking powder
- 2 biji telur
- 1 cawan gula
- 1 cawan susu cair
- 1 ½ sudu kecil ovalett
- 2 sudu besar pewarna hijau
- 2 sudu besar perisa pandan
- kelapa parut putih (tak mahu hitam)
- sedikit garam halus
- sedikit tepung jagung
Resepi Kuih Puteri Ayu Sedap (Gambar Hiasan) |
Cara Membuat Resepi Kuih Puteri
Langkah 1
Tepung dan baking powder diayak bersama dalam satu mangkuk/bekas.
Langkah 2
Gula, ovalett dan telur dipukul hingga kembang dalam mangkuk/bekas yang lain.
Langkah 3
Masukkan susu cair, pewarna hijau dan perisa pandan ke dalam bekas gula, ovalett dan telur yang sudah kembang, kacau hingga sebati.
Langkah 4
Bila dah sebati, masukkan tepung dan baking powder yang telah diayak tadi, gaul dan kacau rata maka siaplah adunan seri ayu.
Langkah 5
Sediakan mangkuk lain pula khas untuk gaul kelapa parut dengan sedikit garam halus dan sedikit tepung jagung untuk bagi kelapa tu rasa lebih berlemak.
Langkah 6
Panaskan pengukus, sementara itu acuan kuih seri ayu disapu minyak masak.
Langkah 7
Masukkan kelapa yang sudah digaul dengan garam halus dan tepung jagung tadi ke dalam setiap acuan yang sudah disapu minyak masak, gunakan jari untuk tekan kelapa tersebut sampai padat. Anggaran kelapa tu kurang sikit dari setengah acuan.
Langkah 8
Masukkan adunan seri ayu ke dalam acuan yang sudah diisi dengan kelapa yang telah ditekan sehingga padat.
Langkah 9
Apabila air pengukus sudah mendidih, lap air dalam penutup pengukus dan kukus adunan seri ayu. Selepas 10 minit mengukus, lap penutup pengukus supaya tiada air yang jatuh atas adunan kuih. Selepas mengelap, sambung kukus lagi 5 minit. Siap satu round kuih seri ayu.
Langkah 10
Ulang langkah 7 hingga 9 sampai habis adunan seri ayu.
Langkah 11
Siap dan boleh dihidangkan.
Selesai..
Sumber > klik sini
Video Resepi Kuih Puteri
Semoga anda terhibur dan dapat belajari Resepi Kuih Puteri dengan awesome sekali..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan