Resepi Kuih Kosui Mudah Disediakan Dan Sedap. Biasa kalau sarapan pagi kuih kosui ada disediakan oleh ibu. Kalau rajin buat sendiri tapi biasanya beli di gerai kawasan kampung. Dulu saya tidak suka kuih muih ini tapi sekarang bila makan sedap pula. Perubahan selera kot.. huhu. Kuih kosui/kaswi biasanya berwarna hitam dan kelapa parut. Jika anda ingin mencubanya membuatnya, saya kongsikan Resepi Kuih Kosui dilaman ini..
Resepi Kuih Kosui Mudah Disediakan Dan Sedap (Gambar Hiasan) |
Resepi Kuih Kosui Mudah Disediakan Dan Sedap
Penyediaan bahan untuk memasak resepi ini memang ringkas dan gerenti sedap..huhu. Itu pun kalau anda ikut resepi dengan betul. Jadi, antara bahannya adalah..
Bahan-bahan
- 2 cawan tepung gandum
- 1½ cawan gula pasir
- 3 sudu makan tepung ubi
- Sedikit air kapur
- Pewarna coklat
- Air secukupnya
- Kelapa parut (gaul rata dengan sedikit garam halus)
Cara Membuat Resepi Kuih Kosui
Langkah 1
Masukkan tepung gandum, gula dan tepung ubi ke dalam satu bekas kemudian digaul rata.
Langkah 2
Masukkan air sedikit demi sedikit dan digaul sebati.
Langkah 3
Masukkan air kapur sedikit dan pewarna coklat serta digaul rata.
Langkah 4
Jika adunan masih pekat, tambah air lagi sedikit dan pastikan adunan tidak terlalu pekat atau terlalu cair.
Langkah 5
Panaskan air kukusan sehingga mendidih.
Langkah 6
Sementara tunggu air kukusan mendidih, sapukan minyak ke dalam acuan.
Langkah 7
Bila pengukus dah mendidih dan keluar asap barulah kacau adunan kemudian tuang ke dalam acuan.
Langkah 8
Kukus selama 30 minit dan lap penutup pengukus setiap 10 minit.
Langkah 9
Bila dah siap, biarkan sejuk sikit baru keluarkan kuih kusoi dari acuan untuk dimakan begitu sahaja atau dicampur dengan kelapa sebelum makan.
Selesai..
Sumber > klik sini
Video Resepi Kuih Kosui
Semoga anda terhibur dan dapat belajari Resepi Kuih Kosui dengan awesome sekali.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan