Aneka Pilihan Resepi Menarik Di Sini

Khamis, 16 November 2017

Resepi Daging Masak Kurma Untuk Keluarga


Resepi Daging Masak Kurma Untuk Keluarga. Kalau boleh hari -hari saya makan daging tidak kira apa-apa resepi pun tidak apa, janji boleh makan daging..huhu. Lagi-lagi bertuah bila dimasak oleh orang tersayang seperti Ibu. Bila tinggal jauh dari keluarga ini, rindu pulak masak mereka lebih-lebih lagi kalau dapat merasa kesedapan Resepi Daging Masak Kurma air tangannya..

Kalau boleh belajar la dari mereka itu, air tangan mereka memang awesome. Oleh itu, anda juga boleh belajar resepi tersebut dilaman ini..huhu..
Resepi Daging Masak Kurma Untuk Keluarga
Resepi Daging Masak Kurma Untuk Keluarga (Gambar Hiasan)

Resepi Daging Masak Kurma Untuk Keluarga


Penyediaan bahan untuk memasak resepi ini memang ringkas dan gerenti sedap..huhu. Itu pun kalau anda ikut resepi dengan betul. Jadi, antara bahannya adalah..
 

Bahan-bahan
  • 1/2 kilo daging
  • 2 sudu besar Rempah Kurma
  • 1 cawan santan pekat
  • 2 cawan air
  • 2 kuntum Bunga lawang
  • 2 kuntum Bunga Cengkih
  • 1 batang Kulit kayu manis
  • 3-4 biji Buah pelaga
  • 1 inci Halia
  • 5 ulas Bawang Merah
  • 5 ulas bawang Putih
  • 3-4 biji Cili Merah dan hijau
  • 2 biji Ubi Kentang
  • 1 keping asam gelugur
  • Garam
  • 1 senduk kecil minyak untuk menumis



Cara Menyediakan Resepi Daging Masak Kurma


Langkah 1
Potong daging dengan ukuran 1 inci.
 

Langkah 2
Bawang merah, bawang putih, ubi kentang dan cili merah dan hijau dibelah dua.
 

Langkah 3
Panas minyak dalam periuk dan tumis kulit kayu manis, bunga cengkih, bunga lawang dan buah pelaga.
 

Langkah 4
Masukkan semua bahan-bahan yang sudah di belah dua.
 

Langkah 5
Kemudian masuk kan rempah kurma kacau sedikit dan masuk kan  air .
 

Langkah 6
Masuk kan juga daging  dan asam keping.
 

Langkah 7
Masak hingga mendidih dan kemudian masuk kan santan.
 

Langkah 8
Masak hingga daging dan ubi lembut.(api sederhana)
 

Langkah 9
Selepas ubi dan daging lembut masukkan garam dan siap untuk dihidangkan..

Selesai..


Sumber > klik sini

Video Masak Resepi Daging Masak Kurma


Semoga anda terhibur dan dapat belajari Resepi Daging Masak Kurma dengan awesome sekali..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan