Aneka Pilihan Resepi Menarik Di Sini

Isnin, 20 November 2017

Resepi Cream Puff Lembut Dan Gebu


Resepi Cream Puff Lembut Dan Gebu. Boleh katakan kuih muih ini semakin menjadi kegemaran saya. Dulu tidak suka makan, sekarang ini berlainan pula. Sedap pula memakannya kerana isinya yang lembut dan gebu..huhu. Saya tahu ramai yang mengemari Resepi Cream Puff ini tapi tidak ramai yang pandai menyediakannya. Untuk belajar resepi ini, ramai yang kongsikan melalui blog atau YouTube..

Sekarang senang saja nak belajar resepi tersebut, tidak seperti dulu-dulu. Jadi, dilaman ini. Saya juga kongsikan resepi tersebut..
Resepi Cream Puff Lembut Dan Gebu
Resepi Cream Puff Lembut Dan Gebu (Gambar Hiasan)

Resepi Cream Puff Lembut Dan Gebu


Penyediaan bahan untuk memasak resepi ini memang ringkas dan gerenti sedap..huhu. Itu pun kalau anda ikut resepi dengan betul. Jadi, antara bahannya adalah..
 

Bahan Untuk Cream Custard
  • 1sdb tepung gandum
  • 1sdb tepung custard
  • 200ml susu segar
  • 4 sdb gula pasir
  • 1 biji telur saiz A
  • 1 sdb marjerin/butter
  • 1/2 sdt esen vanilla

Cara Menyediakan Cream Custard


Langkah 1

Satukan tepung gandum, tepung castard dan 2 sdb susu dalam periuk. Kacau rata hingga tak berketul

Langkah 2
Kemudian masukkan telur dan esen vanilla, kacau rata lagi.

Langkah 3
Selepas itu, masukkan kesemua baki susu segar dan gula, masak atas api perlahan sehingga pekat. Sentiasa kacau untuk mendapatkan custard yang licin.

Langkah 4
Tutup api dan masukkan butter. Kacau rata.

Langkah 5
Masukkan custard ke dalam pipping bag dan sedia di paipkan ke dalam cream puff.

Bahan Untuk Cream Puff

  • 1 cawan tepung gandum -120gm
  • 1 cawan air – 200ml
  • 1/2 cwn butter – 90gm > dipotong dadu
  • 4 biji telur (saiz C) bersamaan = 200ml telur > dipukul sebati
  • 1 sdt esen vanilla
  • 1sdb gula
  • Secubit garam
Resepi Cream Puff Lembut Dan Gebu
Resepi Cream Puff Lembut Dan Gebu (Gambar Hiasan)


Cara Menyediakan Cream Puff


Langkah 1
Panaskan oven pada suhu 200’c. Satukan air & butter dalam periuk, masak hingga butter cair

Langkah 2
Kemudian masukkan gula dan garam

Langkah 3
Dengan menggunakan api kecil, masukkan tepung dan kacau dengan senduk kayu hingga adunan menjadi kental dan tidak melekat kat periuk. 

Langkah 4
Tutup api. Biarkan adunan sebentar / suam.

Langkah 5
Masukkan telur yang telah dipukul sebati bersama esen vanilla dan kacau hingga sebati menggunakan whisk. (kalau nak lebih mudah, masukkan adunan dalam mangkuk pemutar dan putar menggunakan mixer hingga sebati)

Langkah 6
Selepas itu, masukkan adunan ke dalam pipping bag dengan menggunakan nozel berbentuk bintang. 

Langkah 7
Paipkan adunan bentuk rosset  di atas dulang pembakar dan tekan bucu supaya kejadian puff nanti cantik bulat. 

Langkah 8
Spray permukaan doh/rosset dengan air

Langkah 9
Bakar pada suhu 200’c selama 15minit dan kemudian turunkan suhu kepada 180’c dan teruskan bakar selama 20minit hingga keperangan. (Bergantung pada oven masing-masing)

Langkah 10
Setelah sejuk bolehlah paipkan cream kastard dan sedia dihidangkan

Selesai..

Sumber > klik sini

Video Resepi Cream Puff Lembut Dan Gebu 

 

Semoga anda terhibur dan dapat belajari Resepi Cream Puff Lembut Dan Gebu dengan awesome sekali..


Tiada ulasan:

Catat Ulasan