Aneka Pilihan Resepi Menarik Di Sini

Jumaat, 10 November 2017

Resepi Ayam Madu Berempah Pasti Sedap


Resepi Ayam Madu Berempah Pasti Sedap. Syukur walaupun di hari-hari yang sibuk masih diberi kesihatan tubuh badan, mampu menulis lagi resepi di blog ini biar pun tidak sekerap dahulu. Biasanya bekalan wajib dipeti sejuk pastinya ada ayam, kan. Ia memang tidak dapat dipisahkan dalam diet kita semua..

Boleh katakan semua netizen suka makan ayam ini, tidak kira yang bergoreng, sup, bakar dan sebagainya. Memang menjadi kegemaran, contohnya saya..huhu. Jadi, resepi hari ini kita cuba belajar memasak Resepi Ayam Madu Berempah. Gerenti sedap bila berempah ini. Jom belajar sama-sama resepinya..
Resepi Ayam Madu Berempah Pasti Sedap
Resepi Ayam Madu Berempah Pasti Sedap (Gambar Hiasan)

Resepi Ayam Madu Berempah Pasti Sedap


Penyediaan bahan untuk memasak resepi ini memang ringkas dan gerenti sedap..huhu. Itu pun kalau anda ikut resepi dengan betul. Jadi, antara bahannya adalah..
 

Bahan-bahan
  • 1 ekor ayam yang dipotong 6 bahagian
  • 4 biji bawang besar - dikisar
  • 4 ulas bawang putih - dikisar
  • 1 inci halia muda - dikisar
  • 8 biji tomato - dipotong @ dibelah 4
  • 100 gram daun ketumbar - dikisar
  • 100 gram tomato paste
  • 50 gram serbuk cili
  • 50 gram serbuk jintan manis
  • 50 gram serbuk jintan putih
  • 50 gram serbuk ketumbar
  • 3 sudu kecil madu
  • 1 cawan susu krimer



Cara Masak Resepi Ayam Madu Berempah


Langkah 1

Panaskan minyak dalam kuali. Tumiskan bawang, halia dan rempah (daun ketumbar, serbuk cili, jintan manis dan jintan putih, ketumbar)
 

Langkah 2
Masukkan tomato paste dan tomato yang dipotong
 

Langkah 3
Kemudian masukkan ayam, biarkan sehingga ayam masak
 

Langkah 4
Masukkan madu dan susu krimer (boleh ganti santan)
 

Langkah 5
Masukkan perisa secukup rasa.
 

Langkah 6
Siap dan boleh dihidangkan


Selesai..

Sumber > klik sini

Video Resepi Ayam Madu Berempah

 

Semoga anda terhibur dan dapat belajari Resepi Ayam Madu Berempah dengan awesome sekali..


Tiada ulasan:

Catat Ulasan