Resepi Kuih Donut Lembut, Ringkas Dan Sedap. Donut sudah menjadi makanan kegemaran masyarakat di Malaysia. Pelbagai kaedah dan gaya yang dihasilkan melalui donut, dari yang agak sukar membuatnya sehingga yang ringkas namun sedap..huhu. Bagaimaanakah mereka membuat resepi kuih donut yang sedap ? Di halaman ini, saya juga kongsikan resepi tersebut..
Resepi Kuih Donut Lembut, Ringkas Dan Sedap
Penyediaan bahan untuk memasak resepi ini memang ringkas dan gerenti sedap..huhu. Itu pun kalau anda ikut resepi dengan betul. Jadi, antara bahannya adalah..
Bahan-bahan
- 1 kg tepung gandum
- 3 biji kentang
- 1/2 tin susu pekat manis
- 1 paket mauripan/serbuk yis
- 2 sudu gula
- Sedikit garam
- Air masak
Cara Masak Resepi Kuih Donut
Langkah 1
Rebus kentang hingga empuk. Lenyek hingga rata.
Langkah 2
Campurkan tepung, susu dan kentang yang telah dilenyek tadi.
Langkah 3
Masukkan gula dan serbuk yis yang telah direndam dengan air serta garam ke dalam adunan tepung tadi.
Langkah 4
Gaul ramas sehingga sebati. Kalau boleh sehingga tiada lagi butiran-butiran kasar. Lagi halus adunan, lagi menariklah donut yang terhasil.
Langkah 5
Rehatkan adunan tanpa ditutup selama 15-20 minit.
Langkah 6
Buatkan bulatan kecil-kecil ikut ukuran yang disukai dan bulatkan ditengahnya menggunakan penutup botol dan sebagainya
Langkah 7
Goreng dengan api kecil. Angkat donat jika warna bertukar keperangan.
Langkah 8
Tunggu 2 minit kemudian taburkan dengan gula halus.
Langkah 9
Donut anda yang gebu siap untuk dimakan.
Selesai..
Sumber > klik sini
Video Masak Resepi Kuih Donut
Semoga anda terhibur dan dapat belajari Resepi Kuih Donut Lembut dengan awesome sekali..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan