Aneka Pilihan Resepi Menarik Di Sini

Isnin, 18 September 2017

Resepi Kuih Talam Pisang Yang Lembut


Resepi Kuih Talam Pisang Yang Lembut. Menarik sungguh gambar kuih talam pisang yang dikongsikan rakan blogger yang berjaya menyediakan resepinya yang berlapis 2 itu. Tiba-tiba saja terliur dan ingin mencuba kesedapan Resepi Kuih Talam Pisang ini. SEARCH dan ramai yang kongsikan resepi tersebut. Jadi, bermula ekperimen membuatnya..huhu..

Resepi Kuih Talam Pisang Yang Lembut

Resepi Kuih Talam Pisang Yang Lembut


Penyediaan bahan untuk memasak resepi ini memang ringkas dan gerenti sedap..huhu. Itu pun kalau anda ikut resepi dengan betul. Jadi, antara bahannya adalah..

Bahan Lapisan Bawah
  • 3 1/2 cawan santan kelapa.
  • 1 1/4 cawan tepung beras.
  • 1/2 cawan tepung gandum.
  • 1/2 cawan gula pasir.
  • Secubit garam.
  • 1 cawan pisang lenyek (6-7 biji pisang berangan masak)
  • Pewarna kuning di tambah
.
Cara Menyediakan Resepi Kuih Talam Pisang (Lapisan Bawah)


Langkah 1

Bancuhkan semua bahan-bahan di atas kecuali pisang. Tapiskan.
 

Langkah 2
Masak dengan menggunakan api yang perlahan. Bila hampir pekat masukkan pisang dan kacau rata. Masak hingga keluar wap.
 

Langkah 3
Alaskan loyang (4 segi 10inci x 10inci) dengan plastik dan sapukan sedikit minyak, tuangkan adunan kedalam loyang.Adunan ni agak likat jadi ratakan dengan senduk plastik agar sekata ketebalannya.
 

Langkah 4
Kukus hingga masak (dlm 15 minit) dan cakar-cakar dengan garfu pada permukaannya. Ketepikan. Sekiranya ada sedikit air di permukaan, sengetkan loyang dan buangkan air tu guna sudu je/ lap guna tisu dapur.
.
Bahan Lapisan Atas 

  • 3 cawan santan kelapa.
  • 3/4 cawan tepung gandum.
  • 1/4 cawan tepung jagung.
  • 1/4 cawan gula pasir.
  • Secubit garam.
 

Cara Menyediakan Resepi Kuih Talam Pisang (Lapisan Atas)


Langkah 1
Satukan semua bahan-bahan di atas, Tapiskan.
 

Langkah 2
Masak dengan menggunakan api yang perlahan, bila naik wap tuangkan adunan keatas lapisan bawah tadi.
 

Langkah 3
Ratakan supaya mendapat ketebalan yang sekata. Kukus hingga masak (dlm 20 minit)
 

Langkah 4
Apabila masak buka tutup pengukus dan biarkan atas api selama 10-15 minit agar wap di atas kuih kering dan petua untuk mengelakkan kuih talam cepat basi.
 

Langkah 5
Kuih boleh dihidangkan..

Selesai..

Sumber > Yatiememories 

Video Menyediakan Resepi Kuih Talam Pisang
 


Semoga anda terhibur dan dapat belajari Resepi Kuih Talam Pisang dengan awesome sekali..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan