Aneka Pilihan Resepi Menarik Di Sini

Selasa, 19 September 2017

Resepi Kek Pelangi Kukus Yang Gebu Dan Lembut


Resepi Kek Pelangi Kukus Yang Gebu Dan Lembut. Kek kukus ini pelbagai gaya dan resepinya berjaya dihasilkan dan semuanya sedap-sedap. Bagi saya la..huhu. Terutama Resepi Kek Pelangi Kukus yang bentuk dan warnanya yang pelbagai. Memang menarik bila dipandang dan keinginan untuk memakannya membuak-buak.huhu. Anda yang ingin memperlajari resepi tersebut, boleh ikuti panduan yang disediakan..

Resepi Kek Pelangi Kukus Yang Gebu Dan Lembut

Resepi Kek Pelangi Kukus Yang Gebu Dan Lembut


Penyediaan bahan untuk memasak resepi ini memang ringkas dan gerenti sedap..huhu. Itu pun kalau anda ikut resepi dengan betul. Jadi, antara bahannya adalah..

Bahan-bahan
  • 1 cawan mentega
  • ¾ cawan gula kastor (guna 1/2 cawan aje tp tetap manis)
  • 3 biji telur
  • ¼ cawan susu pekat
  • ¼ cawan serikaya
  • 1½ cawan tepung gandum
  • 1 sk serbuk penaik
  • 1 sb serbuk koko (tak guna pun)
  • 1 sk esen vanila
  • 2-3 sb susu segar (saya guna 1 sb)
  • Sedikit pewarna yang disukai



Cara Menyediakan Resepi Kek Pelangi Kukus


Langkah 1

Sediakan bekas loyang yang bersize 7x7x3. Kalau tiada, guna kreativiti anda..

Langkah 2
Pukul mentega dan gula hingga kembang. Masukkan telur satu persatu dan pukul sebati.
 

Langkah 3
Masukkan susu pekat, serikaya dan vanila. Kacau rata dan bubuh tepung gandum bercampur serbuk penaik. 


Langkah 4
Bila sebati, bahagikan kepada 7. Warnakan berbeza termasuk satu adunan dengan koko.
 

Langkah 5
Sudukan selang seli ke dalam mangkuk (aluminium) yang sudah dilengser dengan marjerin dan alas dasarnya dengan kertas kalis minyak. Tutup dengan aluminium foil dan kukus selama 1 jam atau hingga masak.


Langkah 6

Siap dan boleh dihidangkan..

Selesai..

Sumber > klik sini

Baca juga:

Video Masak Resepi Kek Pelangi Kukus

 

Semoga anda terhibur dan dapat belajari Resepi Kek Pelangi Kukus dengan awesome sekali..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan