Aneka Pilihan Resepi Menarik Di Sini

Rabu, 9 Ogos 2017

Resepi Udang Masak Lemak Cili Padi


Resepi Udang Masak Lemak Cili Padi. Ada udang tapi tiada idea nak masak apa hari ini. Kebosanan, layan dulu media sosial. Dalam itu ada sahabat kongsikan beliau bersama family menikmati resepi udang masak cili padi. Terliur pula. Bila tengok bahan untuk memasaknya lengkap, hari ini masak resepi tersebut. Saya juga kongsikan panduan dan cara memasak resepinya..

Resepi Udang Masak Lemak Cili Padi

Resepi Udang Masak Lemak Cili Padi


Penyediaan bahan untuk memasak resepi ini memang ringkas dan gerenti sedap..huhu. Itu pun kalau anda ikut resepi dengan betul. Jadi, antara bahannya adalah..

Bahan-bahan
  • Udang 500 gram
  • Santan
  • Cili padi
  • Kacang Panjang – Potong 2 inchi
  • Kunyit Hidup – 2 inci
  • Serai 2 ulas – Ketuk
  • Garam dan gula secukup rasa



Cara Masak Resepi Udang Masak Lemak Cili Padi


Langkah 1
Blend atau tumbuk cili padi bersama kunyit hidup. Kalau guna kunyit hidup sedap, kalau tiada guna yang serbuk. Elakkan pakai yang serbuk sebab banyak pewarna.
 

Langkah 2
Letak periuk atas api, masuk santan, kunyit hidup dan cili padi yang dah kisar 

Langkah 3
Selepas itu masukkan serai yang sudah di ketuk.
 

Langkah 4
Kemudian masukkan kacang panjang.
 

Langkah 5
Bila sudah mengelegak, last sekali baru masuk udang, gula dan garam secukup rasa. Jangan masuk udang terlalu awal, nanti jadi kecut dan kurang manis. Kalau boleh masa mengelegak masukkan udang terus tutup api. Gaul, biar kepanasan kuah yang masakan udang..

Selesai..
 

Sumber > klik sini

Video Masak Resepi Udang Masak Lemak Cili Padi 

 

Semoga anda terhibur dan dapat belajari Resepi Udang Masak Lemak Cili Padi dengan awesome sekali.. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan