Aneka Pilihan Resepi Menarik Di Sini

Rabu, 9 Ogos 2017

Resepi Roti Jala Lembut Dan Sedap Dimakan


Resepi Roti Jala Lembut Dan Sedap Dimakan. Semalam teringin makan roti jala. Alhamdulillah pada hari sama juga dapat makan hasil tangan keluarga. Macam tahu-tahu saja mereka saya teringin merasa roti jala dengan kari ayam. Pasti anda teringin mengetahui resepi roti jala, kan. Jadi, saya kongsikan panduan dan cara memasak roti jalan yang awesome dan sedap..huhu. Pastkan ada acuan roti jala..

Resepi Roti Jala Lembut Dan Sedap Dimakan

Resepi Roti Jala Lembut Dan Sedap Dimakan


Penyediaan bahan untuk memasak resepi ini memang ringkas dan gerenti sedap..huhu. Itu pun kalau anda ikut resepi dengan betul. Jadi, antara bahannya adalah..

Bahan-bahan
4 cawan tepung gandum
4 cawan air
2 biji telur
1 sudu teh garam
1/2 cawan minyak
1 tudung botol pewarna kuning


Cara Masak Resepi Roti Jala


Langkah 1
Satukan semua bahan-bahan di atas dan kacau rata dengan whisk atau hendak senang, masukkan ke dalam blender dan blend hingga sebati dan tapis bancuhan tadi. Ketepikan 10 minit.
 

Langkah 2
Panaskan non-stick pan dan lenser dengan sedikit minyak (lap dengan paper towel bersih yang dicelop sedikit minyak). Bila panas, paipkan adunan yang telah diisi dalam acuan botol muncung tiga secara zig-zag. Kemudian buat kaedah sama tapi kali ini bertentangan jaluran tadi (seperti lebihkurang gambar di atas).
 

Langkah 3
Masak dengan api kecil, bila permukaan roti jala nampak pucat, berhati2 lipat, kemudian dari pangkal, gulung perlahan2 hingga ke hujung (atau boleh angkat, letakkan ke atas pinggan, lipat dan gulung). Kemaskan dan susun ke dalam pinggan lain. 

Langkah 4
Buat kaedah sama untuk baki adunan sehingga siap. Hidangkan bersama gulai kari ayam, kuah kegemaran atau sambal tumis.


Sumber > klik sini
 

Video Masak Resepi Roti Jala 

 

Semoga anda terhibur dan dapat belajari Resepi Roti Jala dengan awesome sekali.. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan