Aneka Pilihan Resepi Menarik Di Sini

Jumaat, 11 Ogos 2017

Resepi Puding Karamel Yang Ringkas Tapi Sedap


Resepi Puding Karamel Yang Ringkas Tapi Sedap. Dalam berpuluh-puluh jenis puding pastinya puding karamel menjadi salah satu makanan kegemaran masyarakat dulu dan masa kini. Bahan apa yang digunakan sehingga resepi puding karamel begitu sedap dan lembut ? Jika anda ingin mengetahui bahan-bahan dan cara memasaknya. Saya kongsikan panduan dan resepi tersebut..

Resepi Puding Karamel Yang Ringkas Tapi Sedap

Resepi Puding Karamel Yang Ringkas Tapi Sedap


Penyediaan bahan untuk memasak resepi ini memang ringkas dan gerenti sedap..huhu. Itu pun kalau anda ikut resepi dengan betul. Jadi, antara bahannya adalah..

Bahan membuat puding
  • 5 biji telur saiz B (jika saiz A, 4 biji)
  • 1 tin susu cair (400ml)
  • 150 ml air biasa
  • 4 sudu besar gula
  • 1 sudu kecil esen vanilla

Bahan membuat karamel

  • 5 sudu besargula
  • 2 sudu besar air

Cara Masak Karamel


Langkah 1
Masukkan gula dan air ke dalam kuali. 

Langkah 2
Hanguskan hingga keperangan kemudian tuang terus ke dalam loyang. 

Langkah 3
Sejukkan.


Cara Masak Puding
 

Langkah 1
Satukan semua bahan membuat puding di dalam mangkuk.
 

Langkah 2
Kacau perlahan jangan sampai berbuih. Cukup sekadar pecah kuning telur dan 
sebati.
 

Langkah 3
Kemudian tapis adunan tersebut dan tuang ke dalam loyang karamel.
 

Langkah 4
Kukus selama 45 minit atau sehingga masak.
 

Langkah 5
Sejukkan kemudian terbalikkan. Potong dan hidangkan.

Sumber > klik sini

Tips

  • Puding ini juga boleh dikukus di dalam oven dengan cara waterbath@bain marie. Caranya,letak air di dalam loyang dan tutup loyang puding dengan aluminium foil dan masak selama 45-50minit pada suhu 180 darjah Celsius.
  • Boleh juga dihiaskan dengan buah-buahan seperti hirisan kiwi, anggur, pic atau strawberi.

Video Masak Resepi Puding Karamel




Semoga anda terhibur dan dapat belajari Resepi Puding Karamel Yang Ringkas dengan awesome sekali.. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan