Aneka Pilihan Resepi Menarik Di Sini

Isnin, 7 Ogos 2017

Resepi Tomyam Sedap Ala Thai


Resepi Tomyam Sedap Ala Thai. Pernah, kah anda memasak tomyam ? Sudah semestinya pernah memasak Resepi Tomyam ini. Nak kata susah pun tidak juga. Lagi best bila masak tomyam ala Thai, nak membuatnya pasti kena ada perencah tomyam dari Thai. Senang saja naj cari, banyak saja dijual di pasaraya. Jadi, saya kongsikan panduan dan cara memasak resepi ini..

Resepi Tomyam Sedap Ala Thai

Resepi Tomyam Sedap Ala Thai


Penyediaan bahan untuk memasak resepi ini memang ringkas dan gerenti sedap..huhu. Itu pun kalau anda ikut resepi dengan betul. Jadi, antara bahannya adalah..

Bahan-bahan A(kisar)
  • 4 biji bawang merah
  • 1 biji tomato
  • 1 batang serai
  • 1 biji cili merah (kalau nak pedas guna cili padi dalam 6 – 8 biji)
Bahan-bahan B
  • 1/4 ekor ayam – potong kecil2
  • 1 biji bawang besar – hiris
  • 2 sudu perencah tomyam – saya guna sudu ikea
  • Pelbagai sayuran – saya guna carrot & caulifower je
  • 4 helai daun limau purut – buang urat daun tengah tu, supaya bau kuat
  • 3 batang serai – diketuk
  • 1 cm halia – diketuk
  • 1 cm lengkuas – diketuk
  • 3 biji cili padi
  • 1 biji tomato
  • 1 biji limau kasturi
  • Air
  • Garam & gula


Cara Masak Resepi Tomyam


Langkah 1
Tumis bahan A sehingga garing. Lepas tu masukkan perencah tomyam. Gaul sehingga sebati.
 

Langkah 2
Masukkan air ke dalam periuk, lepas tu masukkan pula ayam.
 

Langkah 3
Bila ayam dah mula nak masak, masukkan bawang besar, sayur, halia, lengkuas, serai, daun limau purut dan biarkan seketika
 

Langkah 4
Akhir sekali, perah limau kasturi dan ambil airnya. Lepas tu masukkan garam, gula dan tomato.
 

Selesai..


Sumber > klik sini
 

Tips
  • Masukkan tomato ketika mendidih yang terakhir, biar untuk beberapa saat sahaja. Kalau lama sangat nanti tomato akan hancur dan lembik.
  • Jangka masa untuk masak tomyam ni lebih kurang dalam 15 minit je. Memang jimat masa dan tenaga. Semua benda ada dalam 1 mangkuk.

Video Masak Resepi Tomyam


Semoga anda terhibur dan dapat belajari Resepi Tomyam Sedap Ala Thai dengan awesome sekali.. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan