Aneka Pilihan Resepi Menarik Di Sini

Khamis, 3 Ogos 2017

Resepi Nasi Goreng Kampung Ringkas


Resepi Nasi Goreng Kampung Ringkas. Oleh sebab lama tidak merasa nasi goreng kampung dan hari ini hari bertuah dapat memakannya hasil masakan keluarga. Best sangat..huhu. Anda teringin mencuba resepi nasi goreng kampung ? Pasti ada yang teringin memasaknya, kan. Jadi, saya kongsikan panduan atau cara memasaknya..

Resepi Nasi Goreng Kampung Ringkas

Resepi Nasi Goreng Kampung Ringkas


Penyediaan bahan untuk memasak resepi ini memang ringkas dan gerenti sedap..huhu. Itu pun kalau anda ikut resepi dengan betul. Jadi, antara bahannya adalah..

Bahan-bahan A
  • Segenggam ikan bilis
  • 7 biji cili api 
  • 1 sudu besar garam
  • 7 biji bawang merah (bwg kecil)
  • 5 biji bawang putih


Bahan-bahan B
  • 5 senduk nasi yang sudah dimasak
  • 3 sudu besar minyak masak
  • Sayur kangkung (potong)
  • 5 helai daun kesum dihiris halus
  • Bawang goreng
  • 5 sudu besar air masak
  • Limau nipis atau limau kecil



Cara Masak Resepi Nasi Goreng Kampung


Langkah 1

Tumbuk semua Bahan A, jangan terlalu lumat. Pakai cara tradisional (lesung batu) lagi sedap.Jangan letak air semasa menumbuk, sekadar baki air basuhan ikan bilis dan bawang yang melekat pada bahan-bahan tersebut..
 

Langkah 2
Panaskan minyak, tumiskan bahan-bahan yang telah ditumbuk tadi hingga bawang menjadi kekuningan dan naik bau. Api sederhana sahaja.
 

Langkah 3
Bila dah naik bau, letak air sebanyak 5 sudu dan masukkan sayur (kangkung) yang telah dipotong-potong tadi (masukkan batang sayur dahulu supaya cepat empuk). Masak selama 1 minit lagi.
 

Langkah 4
Kecilkan api sikit, masukkan nasi yang dah dimasak ke dalam kuali dan gaul hingga rata..

Selesai..


Sumber > klik sini


Video Masak Resepi Nasi Goreng Kampung 

 

Semoga anda terhibur dan dapat belajari Resepi Nasi Goreng Kampung dengan awesome sekali.. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan