Aneka Pilihan Resepi Menarik Di Sini

Selasa, 1 Ogos 2017

Resepi Sambal Ikan Bilis Petai Istimewa


Resepi Sambal Ikan Bilis Petai Istimewa. Bagi pengemar petai macam saya, sangat sedap bila sesuatu masakan di campur dengan petai. Lebih-lebih lagi bila dibuat sambal ikan bilis ditambah dengan petai. Bagaimanakah Resepi Sambal Ikan Bilis Petai ? Teringin juga saya untuk memasaknya..huhu. Jadi di halaman ini, saya kongsikan juga panduan tersebut..

Resepi Sambal Ikan Bilis Petai Istimewa

Resepi Sambal Ikan Bilis Petai Istimewa


Penyediaan bahan untuk memasak resepi ini memang ringkas dan gerenti sedap..huhu. Itu pun kalau anda ikut resepi dengan betul. Jadi, antara bahannya adalah..

Bahan-bahan
  • 1/2 senduk minyak (utk tumis)
  • Bawang merah dan bawang putih racik/tumbuk (utk tumis)
  • 2 keping asam gelugur (jus asam jawa pun boleh)
  • Petai 5-10 keping (ambil isi)..kalau nak guna kulit pun bleh kalau petai muda..hiris nipis2
  • Ikan bilis 1 genggam
  • 1 labu bawang besar hiris nipis bulat2
  • Garam dan gula secukup rasa

Bahan kisar
  • 10 tangkai cili kering (potong pendek2 dan rebus)
  • 1 labu bawang besar di belah 4.
  • 1/2 inci belacan
  • 1 sudu minyak masak

Cara Masak Resepi Sambal Ikan Bilis Petai


Langkah 1
Panaskan minyak..tumis bawang sampai naik kekuningan,masukkan bahan yg dibland..tumis sampai naik bau/pecah minyak..
 

Langkah 2
Masukkan asam keping/jus asam jawa
 

Langkah 3
Masukkan petai dan ikan bilis.tambahkan garam dan gula, last skali masukkan bawang besar yg dihiris bulat2..



Selesai..

Tips

  • kalau nak lagi sedap dan berlemak masukkan 1 senduk pati santan pekat akhir sekali..biarkan seketika sebelum padamkan api..
Sumber > klik sini

Video Masak Resepi Sambal Ikan Bilis Petai

 

Semoga anda terhibur dan dapat belajari Resepi Sambal Ikan Bilis Petai Istimewa dengan awesome sekali..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan