Resepi Mee Hailam Bila Makan Pasti Nak Lagi. Masa teringat lagi kesedapan mee hailam yang dimasak oleh sahabat semasa bertandang di rumahnya tempoh hari. Pandai betul beliau masak Resepi Mee Hailam yang sedap. Nasib baik saya seorang yang pemalu, kalau tak bertambah-tambah pinggang beliau kena cuci..huhu. Jadi, saya kongsikan panduan memasaknya walaupun bukan dari resepi sahabat saya itu..
Resepi Mee Hailam Bila Makan Pasti Nak Lagi
Penyediaan bahan untuk memasak resepi ini memang ringkas dan gerenti sedap..huhu. Itu pun kalau anda ikut resepi dengan betul. Jadi, antara bahannya adalah..
Bahan-bahan
- 1 mangkuk isi ayam - telah direbus.
- 1 mangkuk udang + 3 ekor sotong.
- Kicap pekat + 1 sudu kecil lada hitam atau lada sulah.
- 2 sudu besar sos tomato + 1 sudu besar sos tiram.
- Sayur sawi - asingkan batang dan daun.
- 3 batang jagung muda - hiris nipis.
- 1/2 biji karot - hiris nipis.
- 1 biji tomato - potong 6.
- 2 sudu besar tepung jagung + air secukupnya.
Bahan hiasan
- Cili merah - hiris nipis.
- Bawang goreng.
- Limau nipis.
Cara Masak Resepi Mee Hailam
Langkah 1
Panaskan air dan celur mee kuning. Angkat dan toskan.
Langkah 2
Panaskan minyak dan tumis bawang putih sehingga naik bau. Masukkan ayam, udang, sotong dan karot. Kacau sehingga separuh masak.
Langkah 3
Masukkan air secukupnya, kicap, sos tomato, sos tiram, batang sawi dan lada hitam dan masak sehingga kuah mendidih.
Langkah 4
Masukkan daun sawi, jagung muda dan tomato. Tuang pula bancuhan tepung jagung dan didihkan sehingga kuah pekat. Perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
Langkah 5
Tuang kuah di atas mee dan hiaskan dengan cili merah, bawang goreng dan limau nipis.
Selesai
Sumber > klik sini
Video Masak Resepi Mee Hailam
Semoga anda terhibur dan dapat belajari Resepi Mee Hailam dengan awesome sekali..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan