Resepi Kek Pisang Yang Ringkas Dan Lembut. Bila ke pasaraya bersama keluarga saya selalu membeli kek pisang untuk dijadikan stok di rumah. Senang, bila-bila lapar boleh terus makan. Sedap resepi kek pisang yang dihasilkan. Bila ada masa terluang, teringin juga membuat sendiri di rumah. Jadi, saya kongsikan resepi tersebut untuk dimasak bersama-sama..huhu..
Resepi Kek Pisang Yang Ringkas Dan Lembut
Penyediaan bahan untuk memasak resepi ini memang ringkas dan gerenti sedap..huhu. Itu pun kalau anda ikut resepi dengan betul. Jadi, antara bahannya adalah..
Bahan-bahan
- 2 cawan tepung gandum (sila guna yang berkualiti)
- 1 sudu kecil baking powder
- 1 sudu kecil soda bikarbonat
- 1 cawan gula
- 3 biji pisang masak (lenyekkan)
- ½ cawan minyak masak (guna minyak jagung lagi gebu sedap)
- 2 biji telur
- Esen vanilla
Cara Masak Resepi Kek Pisang
Langkah 1
Ayak tepung gandum, soda bikarbonat dan baking powder dan kemudian ketepikan. Sementara itu, griskan dulu loyang kek dengan sedikit mentega/ marjerin dan panaskan oven 180 darjah celcius.
Langkah 2
Seterusnya putar telur + gula sehingga kembang.
Langkah 3
Masukkan esen vanilla dan pisang, putar hingga sebati dan masukkan tepung gandum + soda bikarbonat + baking powder yang telah diayak tadi...
Langkah 4
Akhir sekali, barulah masukkan minyak dan pukul hingga sebati...
Langkah 5
Tuang ke dalam loyang yang telah digris dan bakar pada suhu 180 darjah celcius selama 40 minit ataupun 1 jam. (cucuk dengan lidi untuk pastikan kek lapis masak sempurna)
Langkah 6
Setelah masak, keluarkan dari oven dan sejukkan..
Selesai..
Sumber > klik sini
Video Masak Resepi Kek Pisang
Semoga anda terhibur dan dapat belajari Resepi Kek Pisang Yang Ringkas dengan awesome sekali..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan